web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Animasi 3D Air Pancut Janjikan Keseronokan, 99 Wonderland Park Menanti Kehadiran Anda!

Pertama seupamanya di Malaysia, persembahan ini bakal memahat nama JL99 Group dalam Malaysia Book of Records

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:45PM

Animasi 3D ini akan ditukar setiap dua tahun.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dibuka secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 14 Mac 2018, taman haiwan dan rekreasi, 99 Wonderland Park Wildlife terus tampil dengan pelbagai tarikan buat pengunjung.

Selepas berjaya memukau dengan persembahan air pancut paling lama di Malaysia tahun lalu, 99 Wonderland tidak pernah berhenti mencari idea segar dan menarik untuk dipersembahkan.

Masih mengekalkan elemen air pancut, kali ini taman milik JL99 Group itu muncul pula dengan persembahan air pancut muzikal 3D.

Yang pertama seumpamanya di Malaysia, persembahan bertema ‘Musical Dancing Fountain dengan Animasi 3D 99 Wildlife Magical Adventure ini difahamkan bakal memahat nama JL99 dalam Malaysia Book of Records.

Ketua Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff BK Lee berkata, idea menghasilkan persembahan seumpama itu timbul selepas pihaknya menerima sambutan yang amat memberangsangkan menerusi persembahan sebelum itu.

Ketua Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff BK Lee.
Ketua Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff BK Lee.

Beliau yang juga pengasas 99 Wonderland Park berkata, sambutan hangat diberikan pengunjung menyebabkan setiap sen dilaburkan terasa amat berbaloi.

“Sebenarnya kos membina kolam tadahan untuk air pancut ini sangat tinggi, lebih RM80 juta. Tapi semua ini rasa amat setimpal dengan keseronokan yang diperoleh pengunjung.

“Saya sebenarnya suka keadaan seperti ini. Sambil membangunkan hartanah, saya sula melihat kawasan sekeliling dipenuhi pelbagai tarikan, termasuk taman haiwan. Waktu malam pula ia diserikan dengan keindahan cahaya lampu,” katanya ketika ditemui Getaran.

Lee memberitahu, pihaknya memastikan teknologi digunakan sepenuhnya canggih bagi memastikan animasi 3D yang dihasilkan benar-benar hidup.

“Bukan kanak-kanak sahaja yang teruja, pengunjung dewasa juga terpukau dengan peraembahan ini.

“Kisah ditampilkan juga menarik iaitu watak tarzan bersama empat haiwan kesayangan iaitu beruang matahari, burung macaw, monyet capuchin dan lemur ekor gelang yang mahu menjaga keharmonian hutan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, animasi 3D ini akan ditukar setiap dua tahun bagi memastikan konsepnya kekal relevan mengikut peredaran zaman.

Persembahan berkenaan jelasnya, diadakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8 malam manakala tarian irama muzikal pula pada Isnin sehingga Khamis.

“Kita sentiasa bersedia memenuhi permintaan pengunjung.

“Kalau ada permintaan, mungkin kita akan tambah lagi slot persembahan selepas ini. Apa yang penting, pengunjung puas hati dan gembira melawat 99 Wonderland,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia