Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jalan Pasar Pudu ‘Syurga’ Peminat Ikan Hiasan

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 8:25PM

Pelbagai ikan hiasan yang sudah siap dimasukkan ke dalam plastik untuk dijual kepada peminat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik kesibukan Jalan Pasar Pudu yang sinonim sebagai hab barangan elektrik dan barangan basah di tengah-tengah ibu kota, ia juga menjadi ‘lubuk’ peminat ikan hiasan pada harga jauh lebih murah termasuk spesies sukar dijumpai.

Kebanyakan harga ikan hiasan yang dijual di situ lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding lokasi lain sekali gus menjadikan Jalan Pasar Pudu terus menjadi tumpuan hingga ada peniaga ikan hiasan mampu bertahan selama empat dekad.

Ikan Betta Galaxy Koi misalnya, dijual pada harga antara RM50 hingga RM60 seekor di tempat lain, namun boleh diperoleh pada harga serendah RM15 hingga RM20 seekor sahaja, begitu juga dengan ikan emas kecil yang dijual pada harga RM4.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pelanggan yang melalui kawasan di situ tertarik dengan keunikan warna ikan hiasan yang diletakkan di dalam beberapa baldi di kaki lima kedai dan juga dalam bungkusan plastik yang ditandakan harga.

Pelanggan boleh memilih ikan hiasan yang digemari dengan melihat sendiri dalam akuarium dii kedai. - gambar BERNAMA
Pelanggan boleh memilih ikan hiasan yang digemari dengan melihat sendiri dalam akuarium dii kedai. - gambar BERNAMA

Antara ikan hiasan yang mendapat permintaan tinggi ialah pelbagai jenis ikan laga, ikan gupi, ikan molly, ikan air tawar seperti lampam dan tengas, koi, bayan, ikan emas dan kelisa.

Mewarisi daripada bapanya, Marcus Low, 31, berkata perniagaan ikan hiasan milik keluarganya itu yang bermula di tepi Jalan Pasar Pudu akhirnya memiliki kedai sendiri selama 40 tahun dan terus bertahan hingga ke hari ini.

 “Kebanyakan peniaga di sini merupakan generasi kedua yang menyambung legasi perniagaan daripada ibu bapa mereka dan deretan kedai yang ada pula masih mengekalkan struktur kedai asal.

“Lokasi ini menjadi pilihan peminat ikan hiasan kerana boleh membuat perbandingan harga dengan kedai sekitar dan peniaga pula akan berlumba-lumba memberikan tawaran harga munasabah bagi meraih lebih ramai pelanggan,” katanya kepada Bernama.

Ikan Koi antara ikan hiasan yang menjadi kegemaran. - gambar BERNAMA
Ikan Koi antara ikan hiasan yang menjadi kegemaran. - gambar BERNAMA

Pelanggan juga bebas melakukan aktiviti tawar-menawar dengan penjual selain boleh mendapatkan pelbagai aksesori peliharaan ikan seperti akuarium, penapis, pam dan makanan.

Biasanya, jumlah pelanggan akan bertambah dua kali ganda pada hari cuti umum dan hujung minggu berbanding hari biasa, kata pembantu kedai, Steven Chong, 47.

Menurut Chong bekalan ikan hiasan diperoleh daripada pembekal tempatan manakala aksesorinya diimport dari China.

Pembeli memilih ikan laga di Jalan Pasar Pudu. - gambar BERNAMA
Pembeli memilih ikan laga di Jalan Pasar Pudu. - gambar BERNAMA

“Di kedai ini terdapat puluhan spesies ikan hiasan dan pelanggan boleh mendapatkannya serendah RM1 hingga ribuan ringgit bergantung kepada spesies, kualiti, kecantikan dan saiz,” katanya menambah premis berkenaan beroperasi bermula 8.30 pagi setiap hari. – BERNAMA

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Selera 15 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN