Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI

Agong Berkenan Rasmi Memorial Kapal Perang HMS Repulse, HMS Prince Of Wales

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 5:16PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat menyempurnakan perasmian sebuah memorial memperingati dua kapal perang Britain yang karam pada Perang Dunia Kedua, di Teluk Cempedak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian sebuah Memorial memperingati dua kapal perang Britain HMS Repulse dan HMS Prince of Wales, di Teluk Cempedak, di sini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenaan berangkat hadir bersama ke majlis yang diadakan sempena ulang tahun ke-82 karamnya kapal-kapal berkenaan.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry CMG; Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi; cucu kepada kapten HMS Prince of Wales, Henrietta Wood; Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang; pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia dan orang kenamaan asing.

Reaksi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry bersalaman dengan Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi ketika mencemar duli berangkat tiba ke Tugu HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. – gambar BERNAMA

Memorial itu turut mempamerkan sauh, dipercayai dari salah sebuah kapal berkenaan, dihadiahkan kepada Malaysia oleh United Kingdom, yang sebelum ini dipamerkan di Muzium Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.

HMS Repulse dan HMS Prince of Wales adalah sebahagian daripada skuadron tentera laut British Force Z, yang ditugaskan untuk memintas armada pencerobohan Jepun.

HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang belayar tanpa pengiring udara, karam 61 batu nautika di luar pantai Kuantan pada 10 Dis 1941 susulan selepas serangan sengit oleh pesawat pengebom dan torpedo Jepun.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar penerangan daripada Datuk Edward Unwin ketika berangkat ke Tugu HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. – gambar BERNAMA

Wood, 64, dalam ucapannya di majlis itu berkata datuknya Kapten John Leach adalah antara 840 orang hilang di perairan dalam Laut China Selatan selepas kedua-dua kapal perang itu karam.

“Saya harap memorial ini bukan sekadar untuk mengenang 840 orang yang terkorban, tetapi juga sebagai ingatan kepada kita untuk mempelajari sejarah dan melihat masa depan dengan penuh harapan, persefahaman dan rasa hormat antara negara.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih terhadap usaha membangunkan memorial itu khusus bagi memperingati “mereka yang berani, dan memberikan sepenuhnya kepada tugas dan tanggungjawab”.

Dalam ucapannya yang menyentuh perasaan, Wood berkongsi bahawa kali terakhir bapanya melihat datuknya itu ialah hanya beberapa jam sebelum Force Z belayar.

"Pada petang 10 Dis, selepas kedua-dua kapal perang itu karam, ayah saya menuju ke dermaga di Singapura untuk cuba mendapatkan berita tentang bapanya. Dengan rasa kecewa, harapan yang semakin tipis, dia kembali ke bilik,” katanya.

"Kehilangan bapanya pada usia yang begitu muda dan dalam keadaan yang begitu dahsyat, saya percaya ia menyumbang kepada keazamannya untuk melakukan yang terbaik sepenuhnya dalam Tentera Laut Diraja dan dia mendedikasikan hidupnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Dia pasti mahu bapanya berbangga dengannya," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar penerangan daripada Datuk Edward Unwin ketika berangkat ke Tugu HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. – gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar penerangan daripada Datuk Edward Unwin ketika berangkat ke Tugu HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. – gambar BERNAMA

Sementara itu, Terry dalam satu kenyataan kepada media berkata, memorial itu akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merenung kembali betapa besar harga yang kerugian dan kos peperangan.

"Ia adalah satu penghormatan yang sewajarnya kepada anggota yang terkorban bersama kapal, dan juga sebagai peringatan bahawa warisan penting tentera laut seperti ini mesti dilindungi di samping kekuatan hubungan UK-Malaysia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM