web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Diiktiraf Negara Paling Dermawan Di Dunia

Bagi enam tahun berturut-turut, negara itu diiktiraf sebagai negara paling dermawan di dunia menewaskan negara ekonomi terbesar yang lain.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:44PM

Indonesia dinobat sebagai negara paling dermawan di dunia. gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Indonesia kembali dinobatkan sebagai ‘Negara Paling Dermawan’ di dunia, versi Indeks Pemberian Dunia Charities Aid Foundation 2023 (World Giving Index 2023), dengan skor 68. Ini adalah tahun keenam berturut-turut Indonesia menerima pengiktirafan berkenaan.

Negara kedua paling dermawan adalah Ukraine, yang juga peningkatan terbesar bagi indeks itu, apabila negara itu berjaya meningkatkan skornya selepas menduduki tempat ke-10 pada tahun lalu.

Hanya tiga daripada 10 negara teratas adalah dalam kalangan ekonomi terbesar di dunia (Indonesia, Amerika Syarikat dan Kanada). Lebih mengejutkan, Liberia yang juga salah sebuah negara termiskin dan paling kurang membangun di dunia menduduki tempat keempat tertinggi. 

Indeks Pemberian Dunia Charities Aid Foundation adalah satu tinjauan terbesar mengenai pemberian yang pernah dihasilkan, yang menyaksikan berjuta-juta orang telah ditemubual di seluruh dunia sejak 2009.

Indeks tahun ini merangkumi data daripada 142 buah negara di mana orang ramai telah ditemubual dengan tiga soalan iaitu adakah mereka telah membantu orang yang tidak dikenali? memberi wang atau menjadi sukarelawan untuk tujuan yang baik sepanjang bulan lalu.

Liberia negara paling kurang membangun berjaya menduduki tempat keempat. gambar Unsplash
Liberia negara paling kurang membangun berjaya menduduki tempat keempat. gambar Unsplash

Data baharu yang tersedia pada tahun ini menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kedermawanan global:

  •  Orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat mempunyai skor indeks pemberian keseluruhan yang lebih tinggi, kecuali di Eropah yang tidak menunjukkan perbezaan.
  •  Orang yang menilai kehidupan mereka dari sudut positif lebih cenderung untuk memberi sumbangan kepada badan amal, di mana beberapa negara yang paling gembira di dunia berada dalam kedudukan 10 teratas bagi sumbangan wang (Sweden, Denmark, Belanda dan Iceland).
  • Pendatang lebih cenderung untuk memberi berbanding warganegara, terutamanya di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Ketua Eksekutif Charities Aid Foundation, Neil Heslop OBE dalam satu kenyataan berkata, Indeks Pemberian Dunia ini memberi kita sebab untuk berasa optimis dengan penuh harapan pada saat menghadapi ketidakstabilan yang besar.

“Kedermawanan adalah fitrah dalam tingkah laku manusia dan menyatukan kita semua sebagai sebuah komuniti global. Kepelbagaian negara yang menerajui indeks tersebut menyerlahkan perkara

yang meliputi spektrum pembangunan ekonomi, geografi, bahasa, agama dan budaya. Memberi adalah mengenai membina hubungan dengan orang di sekeliling kita, sama ada mereka berada di seberang jalan atau di tempat lain di dunia.

“Itulah sebabnya kami menyeru kerajaan untuk melakukan lebih banyak usaha bagi menggalakkan mereka yang mampu untuk mendermakan wang dan meluangkan masa, sekali gus memupuk organisasi masyarakat awam yang bertenaga dan berdaya tahan ketika mereka menghadapi cabaran sosial dan alam sekitar serta kesan konflik dan perpindahan penduduk,” ujar beliau. - Getaran, 15 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia