web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Mimpi Dan Magis T2 Changi

Berdiri pada ketinggian 14 meter dan lebar 17 meter, air terjun digital yang dinamakan The Wonderfall ini terletak di bahagian tengah terminal berlepas.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 2:08PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sememangnya tidak pernah mengecewakan dengan pelbagai tarikan mempersonakan.

Seumpama galeri seni, lapangan terbang itu sering ‘membekalkan’ pengalaman indah kepada pengembara yang melaluinya dan orang ramai yang berkunjung.

Justeru, apabila Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang ditutup tiga setengah tahun kerana kerja-kerja naik taraf dibuka semula bermula Rabu lalu, ia memang ditunggu-tunggu. 

Jika sebelum ini Jewel Changi Airport yang terletak di Terminal 1 menjadi tarikan dan bualan ramai, kini pengembara yang singgah di Terminal 2 pasti terpesona dengan paparan air terjun digital multimedia yang menjulang tinggi yang turut dilatari taman berlandskap umpama dalam mimpi. 

Melalui perkongsian yang dibuat di akaun Instagram rasmi lapangan terbang ini, percayalah tarikan ini sukar ditandingi oleh mana-mana lapangan terbang lain. 

Berdiri pada ketinggian 14 meter dan lebar 17 meter, air terjun digital yang dinamakan The Wonderfall ini terletak di bahagian tengah terminal berlepas.

Terdapat sebuah laluan di bawah air terjun itu yang membolehkan pengembara berjalan menembusi untuk ke ke ruangan sebelah. 

Tidak cukup dengan itu, pada setiap 30 minit, pertunjukan muzik selama empat minit akan ditayangkan di skrin yang terdiri daripada 892 kepingan jubin.

Menurut laporan media Singapura, muzik yang menjadi halwa telinga itu hasil gubahan pemain piano Kanada Jean-Michel Blais.

Mengintai ke taman digital serba canggih Dreamscape yang terletak di kawasan transit selepas kaunter imigresen, pengembara pasti terkesima seketika dengan kecanggihan dan keindahannya yang luar biasa. Peluang merakam memori pasti tidak akan disia-siakan. 

Mempersembahkan siling langit digital yang meniru keadaan cuaca masa nyata di luar terminal, Dreamscape menampilkan lebih daripada 20,000 tumbuhan daripada 100 spesies, di mana sesetengahnya tidak biasa ditemui di Singapura.

Bahkan, taman ini juga mempunyai kolam ikan yang boleh dilalui penumpang pada platform yang telus, di tengah-tengah rakaman audio lebih daripada 100 panggilan burung, serangga dan haiwan lain.

Jadi, seandainya anda terbang ke Singapura nanti, jangan lupa singgah ke Terminal 2, biarpun pesawat anda tidak mendarat di Terminal ini.

Peruntukan masa seketika untuk melihat sendiri keajaiban terkini yang dijanjikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ini. 

Terminal 2 menyediakan perkhidmatan kepada 16 syarikat penerbangan yang berkhidmat di 40 bandar termasuk Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Air India, Royal Brunei Airlines, Sichuan Airlines, Swiss International Airlines, Air India Express, Air Japan, Air Macau, All Nippon Airways, Etihad, Ethiopian Airlines, dan Firefly. – Getaran, 3 November 2023

Kredit video : https://www.instagram.com/changiairport/

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia