web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih Sejuta Cahaya Mentol Ceriakan Suasana di Taman Malaysia Seremban

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 2:45PM

Taman Malaysia Seremban dihiasi hampir sejuta lampu mulai 25 Ogos hingga 24 September ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Hampir sejuta mentol lampu berwarna-warni menghiasi suasana malam di festival Luna Wonderland 2023 yang berlangsung di Taman Malaysia di sini, dengan kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung sejak ia dibuka pada 25 Ogos lalu.

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud turut berkenan berangkat ke festival itu malam tadi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keterujaan pengunjung tempatan dan luar negeri memeriahkan suasana malam di taman tersebut yang berkeluasan 4.04 hektar (10 ekar).

Orang ramai bergambar kenangan di Taman Malaysia Seremban. gambar BERNAMA
Orang ramai bergambar kenangan di Taman Malaysia Seremban. gambar BERNAMA

"Besarlah harapan saya agar dengan pelaksanaan program ini, lebih ramai pengunjung datang ke Seremban untuk memeriahkan lagi Luna Wonderland Malaysia Tour Seremban kali ini," katanya dalam perkongsian di Facebook.

Pelbagai tarikan terdapat di Luna Wonderland 2023 seperti maskot terbesar di Malaysia Maskot Luna dengan ketinggian 11 meter (m), ruang bertemakan angkasa, akuatik, haiwan, percintaan dan belantara; ruang berkelah LED; Aurora River; Tree Of Life dengan ketinggian 18m; terowong Love; terowong Starwars; terowong Avartar; gerai makan dan reruai foto. 

Sementara itu, Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali memberitahu BERNAMA, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Red Bear Event bekerjasama menganjurkan Luna Wonderland 2023 Malaysia Tour hingga 24 Sept ini, bermula jam 7 malam hingga 12.00 tengah malam.

Antara binaan yang menghiasi Taman Malaysia Seremban. gambar BERNAMA
Antara binaan yang menghiasi Taman Malaysia Seremban. gambar BERNAMA

Katanya Taman Malaysia dipilih kerana bentuk permukaan taman berlereng dan merupakan hutan semula jadi, menjadikan lokasi tersebut unik dan bersesuaian untuk penganjuran festival itu.

Beliau berkata Luna Wonderland menjelajah 10 negeri dan penganjuran di sini adalah kedua selepas Kedah.

“Tempoh menghiasi taman tersebut dengan hiasan lampu adalah dua minggu. Harga tiket pula adalah RM15 bagi dewasa manakala RM8 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah," katanya.

Patung Harimau Malaya turut menjadi tumpuan pengunjung Taman Malaysia Seremban. gambar BERNAMA
Patung Harimau Malaya turut menjadi tumpuan pengunjung Taman Malaysia Seremban. gambar BERNAMA

Beliau berkata setiap bulan MBS mempunyai aktiviti pelancongan seperti persembahan, sukan atau rekreasi bagi memeriahkan bandar Seremban yang mempunyai kedudukan strategik untuk dikunjungi bukan sahaja warga tempatan, malah mereka dari Lembah Klang dan negeri-negeri di selatan.

Program-program tersebut, katanya, adalah kerjasama MBS, jabatan kerajaan peringkat negeri dan Persekutuan, pihak swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO). - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia