web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka Seusai Senja

Siapa yang tidak pernah ke 'Jonker Walk' di Melaka. Tapi tahukah anda sejarah di sebalik setiap lorong dan bangunan di situ?

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 12:21PM

Gambar: 'Melaka After Dark'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bandaraya Bersejarah Melaka merupakan destinasi pelancongan yang sering dilawati pelancong. Sudah pasti Jonker Walk menjadi tumpuan di mana deretan kedai cenderahati dan kedai barangan antik antara lokasi kegemaran pengunjung. Restoran-restoran dan kafe yang mendapat liputan di internet pula menjadi buruan para foodie. Pemandangan aksi pengunjung bergaya untuk sesi foto di mural dinding pula sudah menjadi suatu perkara biasa di Jonker Walk.

Namun, sedang kita leka mengambil foto di salah satu lorong di Jonker Walk untuk kenangan mahupun untuk paparan media sosial, tidak ramai antara kita yang menyedari lokasi di mana kita berdiri mungkin merupakan perkuburan lama yang berusia beratus tahun. Siapa sangka setiap lorong yang  biasa kita lewati dan bangunan yang dilalui sebenarnya mempunyai sejarah dan kisah yang tersembunyi.

Gambar: 'Melaka After Dark'
Gambar: 'Melaka After Dark'

Persepsi anda terhadap Jonker Walk akan berubah apabila anda mengikuti 'Melaka After Dark.' Ia merupakan sebuah pakej yang dianjurkan oleh sekumpulan aktivis warisan dan sejarah Melaka untuk membawa pengunjung menelusuri jalan dan lorong-lorong Jonker Walk pada waktu malam. Mengapa malam? Kerana indahnya sejarah, kisah dan misteri Jonker Walk memberikan gambaran yang berbeza kepada pengunjung di waktu malam.

Gambar: 'Melaka After Dark'
Gambar: 'Melaka After Dark'

Pelbagai kisah sejarah Jonker Walk dikupas di dalam lawatan ini. Dari perancangan susunan bangunan hinggalah ke nama jalan semuanya telah dirancang dengan rapi. Sembilan batang pokok ditanam di salah sebuah lorong di Jonker Walk. Anda mungkin telah melaluinya berkali-kali namun tidak mengetahui kisah di sebaliknya. Atau air pancutan yang berada di hadapan Jonker Walk sebelum anda ke pasar malam yang dibina bersandarkan elemen Feng Shui

Gambar: 'Melaka After Dark'
Gambar: 'Melaka After Dark'

Bangunan lama yang anda lalui  sebelum ini bukan lagi hanya sebuah bangunan di Jonker Walk. Setiap bangunan, kuil, masjid mempunyai kisahnya yang tersendiri. Dari reka bentuk bumbung, tingkap hinggalah ke pintu segalanya menyimpan memori dan kisah beratus tahun dahulu. Jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat sendiri ‘si penangkap hantu’. 

Jika anda ingin mencari kelainan kala berkunjung di Jonker Walk, pastikan anda memilih pakej ‘Melaka After Dark.’ Untuk maklumat lanjut layari Buddyz.co . - Getaran, 4 Februari 2021

Bertugas sepenuh masa sebagai seorang pensyarah komunikasi dan media, Wan Azfarozza juga seorang pengembara tegar yang gemar mengabadikan kisah penjelajahannya di pelbagai wadah media.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN