web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek ‘Salam Taiwan 2023’ - Tarik Ramai Pelancong Muslim Pilih Taiwan Sebagai Destinasi Pelancongan

Menurut CrescentRating - Global Muslim Travel Index (GMTI) bagi tahun 2022 oleh MasterCard, Taiwan berada di tempat kedua bagi kategori destinasi pelancongan mesra Muslim terbaik di kalangan negara bukan Islam di dunia.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 10:00AM

Ayda bercakap di majlis pelancaran ‘Salam Taiwan 2023’ di Eslite Spectrum, Starhill, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan lebih banyak negara membuka sempadan secara berperingkat, orang ramai mula bebas untuk bergerak ke sana-sini tanpa sebarang halangan termasuklah untuk bercuti ke luar negara.

Bagi yang ingin teruja untuk melancong ke luar negara setelah dua tahun tidak ke mana-mana, memang inilah masa paling sesuai untuk anda bercuti panjang!

Bagi penduduk Malaysia yang majoritinya adalah Muslim, yang ingin ke destinasi mesra Muslim berdasarkan kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, kini negara Taiwan melancarkan projek ‘Salam Taiwan 2023’.

Menurut, Pengarah Biro Pelancongan Taiwan Abe Chou, Projek ‘Salam Taiwan 2023’ dicetuskan untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk memilih Taiwan sebagai destinasi  pelancongan mereka sekali gus bagi merebut pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023.

“Pada masa ini, hampir 300 restoran dan hotel di Taiwan telah memperoleh pensijilan halal yang sah.

“Malah, menurut CrescentRating - Global Muslim Travel Index (GMTI)  bagi tahun 2022 oleh MasterCard, Taiwan berada di tempat kedua bagi kategori destinasi pelancongan mesra Muslim terbaik di kalangan negara bukan Islam di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran ‘Salam Taiwan 2023’ di Eslite Spectrum, Starhill, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Abe Chou berkata, projek promosi baharu ‘Salam Taiwan 2023’, sebagai inisiatif baharu bagi bersaing dalam pasaran pelancongan Muslim bagi tahun ini.

Jelas dia lagi, dengan meneruskan konsep berteraskan Taiwan sebagai negara mesra pelancong Muslim dari seluruh dunia, memperkenalkan logo promosi ‘Salam Taiwan’ terbaharu, serta menambah slogan ‘Destinasi Sensasi Mesra Muslim’, yang diharap dapat menyerlahkan dengan lebih jitu lagi akan keistimewaan negara itu.

“‘Salam Taiwan 2023’ akan memberi tumpuan kepada empat tema utama iaitu ‘Vibrant’, Mesra Muslim, Romantik dan ‘Trending’ serta akan mempromosikan sumber pelancongan unik Taiwan kepada rakan Muslim secara lebih spesifik dan mendalam.

“Pada ketika ini, turut terdapat pelbagai  banyak syarikat penerbangan seperti China Airlines, EVA Airlines, dan STARLUX Airlines yang menawarkan penerbangan secara terus ke Taiwan.

“Pihak kami turut merancang untuk melancarkan pelbagai video promosi untuk dimainkan di kaca TV Malaysia, slot iklan di pawagam tempatan, papan iklan elektronik dan internet, dengan menyasarkan peningkatan sehingga dua angka bagi peratusan pelancong Muslim dari Malaysia yang berkunjung ke Taiwan setiap tahun,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abe Chou berkata, pihak  berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia - Ayda Jebat sebagai duta projek ini dan sebuah video promosi ‘Salam Taiwan 2023’ telah dilancarkan terlebih dahulu.

“Dalam video promosi berdasarkan konsep ‘Dengarkan Suara Taiwan’ telah diterbitkan, di mana Ayda secara peribadi telah melawat Ladang Qin Jing, gunung Hehuan, Alishan, bersiar-siaran di Taipei, taman tema, ladang riadah dan puak orang asli serta tarikan istimewa lain.

“Bunyi angin, air, kereta api, nyanyian orang asli, dan penyediaan makanan telah dirakam bagi mempersembahkan pelbagai daya tarikan apabila menikmati pengembaraan ke seluruh Taiwan.

“Selain itu, suami Ayda, Nabil Mahir, turut membuat penampilan dalam video promosi tersebut, menyerlahkan detik- detik manis serta romantik,” kongsi Abe Chou. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan