Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Disangka Makan Katak, Ayda Jebat Dedah Taiwan Negara Mesra Muslim

Penulis yang berpeluang  mengikuti pengembaraan Ayda Jebat di Taiwan, sempat menyenaraikan 5 lokasi makanan halal dan enak di Taiwan untuk anda.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:00PM

Ayda tidak terlepas daripada menerima soalan skeptikal tentang makanan halal sewaktu melawat negara itu baru-baru ini. - Gambar ihsan Salam Taiwan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Taiwan mungkin kedengaran asing jika ingin disenaraikan sebagai lokasi percutian apalagi jika anda seorang muslim.

Pelakon Ayda Jebat juga tidak terlepas daripada menerima soalan skeptikal tentang makanan halal sewaktu melawat negara itu baru-baru ini.

“Bila saya kongsi saya berada di Taiwan, ada yang orang mesej saya di Instagram bertanya adakah saya makan katak semasa di Taiwan?

“Mungkin dalam pemikiran mereka jika ke Taiwan, maka kita akan makan hidangan eksotik. Sedangkan Taiwan adalah negara yang sangat mesra Muslim.

“Setakat 8 hari di sini, ada banyak restoran makanan halal dan sedap boleh didapati dengan mudah.

“Ada pelbagai hidangan halal tak kisahlah juadah asli Taiwan, makanan Thailand, Jepun dan Indonesia semuanya lengkap di sini.

“Bukan itu sahaja, kebanyakan hotel juga sudah mengasingkan pinggan dan mangkuk untuk hidangan berstatus halal,” katanya ketika ditemui Getaran di lokasi penggambaran Salam Taiwan di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Dengan jumlah 60,000 penduduk beragama Islam, Taiwan yang terkenal dengan cogan kata ‘Jantung Asia’ telah lama mempersiapkan negaranya dengan fasiliti, restoran halal, dan hotel mesra muslim yang mempunyai pinggan mangkuk khas dengan logo halal.

Getaran turut berkesempatan melawat dan mencuba sendiri beberapa restoran yang menawarkan hidangan halal sepanjang berada di Taiwan. Berikut ialah senarai 5 lokasi cadangan kami yang anda mesti cuba jika berkunjung ke Taiwan.

Halal Chinese Beef Noodle, Taipei

Jika berkunjung ke Taiwan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri antara juadah terkenal negara itu seperti Chinese Beef Noodle. Jangan risau, ada banyak restoran halal yang menawarkan hidangan ini.

Jika anda berada di Taipei jangan lupa untuk ke daerah Da’an dan berkunjung ke salah satu lokasi mi halal yang terkenal di bandar itu iaitu Halal Chinese Beef Noodle. Restoran ini dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Long-yun Leisure Farm, Alishan

Makanan halal tidak hanya terhad di bandar besar sahaja, ia juga ada dihidangkan jika anda ke kawasan pergunungan indah seperti Alishan. Untuk itu, kami cadangkan  anda untuk menginap di Long-Yun Leisure Farm iaitu sebuah rumah tumpangan tradisional yang telah dijaga enam generasi.

Tidak hanya menawarkan lokasi nyaman dikelilingi ladang teh berlatarkan gunung Alishan, mereka juga menyediakan masakannya yang halal dan menyelerakan.

Jangan lupa untuk pesan rebung goreng. Lebih menarik lagi, dapur, pinggan, mangkuk dan cawan untuk hidangan halal juga diasingkan demi menjaga kebajikan pengunjung muslim. Jika anda ingin berkunjung ke sini, anda boleh sahaja menelefon mereka di talian +88652562216.

Smile Tea House, Alishan

Tidak mahu bermalam di Alishan? Tidak mengapa, anda boleh sahaja mengunjungi sebuah restoran mesra muslim iaitu Smile Tea House.

Tukang masak mereka adalah seorang pekerja asal Indonesia yang akan memastikan kandungan masakan datang daripada bahan dan sumber yang halal. Menu cadangan kami ialah labu masak telur masin yang begitu menggiurkan.

Mereka juga menerima sijil penghargaan restoran mesra muslim oleh International Muslim Tourism Industry Development Association. Di tingkat tiga restoran ini juga disediakan tempat solat yang sangat luas dan selesa Jika anda ingin berkunjung ke sini, anda bolehlah melakukan tempahan di talian 09-37357609 atau layari www.just-tea.com.tw

Zhuo Ye Cottage, Sanyi

Terletak di daerah Sanyi, Taiwan terdapat sebuah lokasi yang sangat terkenal dengan seni bina tradisional yang masih dikekalkan iaitu Zhou Ye Cottage. Tidak hanya itu, ia juga menjadi tumpuan aktiviti teknik celupan kain menggunakan bahan semula jadi sebagai pewarna.

Namun apa ingin kami cadangkan ialah restoran hot pot yang menghidangkan juadah vegetarian kaum Hakka. Restoran ini dibuka kepada umum. Dengan suasana dikelilingi kolam ikan dan pohon buluh memang memberikan perasaan damai kepada pengunjung. 

Shan Cheng Creation House, Jiufen

Ini dia lokasi paling utama yang ingin kami cadangkan iaitu sebuah restoran kecil di daerah Jiufen bernama Shan Cheng Creation House.

Dengan lokasinya di atas gunung menghadap laut dan bukit benar-benar memberikan suasana damai. Menunya tidak banyak namun sangat kena dan menyelerakan. Menu cadangan kami ialah bubur nasi yang disertakan dengan keju dibakar di atasnya.

Restoran ini terkenal dengan kopinya yang mempunyai rasa berbeza jika diminum dari kiri dan kanan bibir cawan. Tak percaya? Cubalah sendiri. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

4

TARA 11 bulan yang lalu

Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran