Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Ganti Kuali Dengan Cangkul, Bekas Cef Gembira Jadi Usahawan Bunga Kantan

Enam tahun berlalu, bergelumang tanah dan keringat, ternyata lelaki berusia 31 tahun itu membuat keputusan tepat kerana hasil yang diraihnya selaku usahawan bunga kantan sekarang jauh lebih lumayan berbanding upah yang diterima sebagai cef di sebuah kilang semikonduktor. 

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 5:00PM

Saqdam Zaim yang dulunya bekerja sebagai cef telah bertukar kerjaya menjadi usahawan tani dengan menanam pokok kantan. - Gambar dari Facebook Saqdam Arffain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Demi menjaga ibu yang menghidap kanser payudara tahap tiga selain isteri sarat hamil anak pertama, Saqdam Zaim Arffain memutuskan untuk bertukar kerjaya, melakukan sesuatu yang bukan sahaja di luar kepakaran tetapi juga belum tentu akan hasilnya - daripada seorang tukang masak kepada usahawan tani.

Enam tahun berlalu, bergelumang tanah dan keringat, ternyata lelaki berusia 31 tahun itu membuat keputusan tepat kerana hasil yang diraihnya selaku usahawan bunga kantan sekarang jauh lebih lumayan berbanding upah yang diterima sebagai cef di sebuah kilang semikonduktor. 

Namun, paling penting katanya, beliau mempunyai masa untuk bersama keluarga dan menjaga ibu yang masih menjalani rawatan.

"Memang seronok sebenarnya bekerja sebagai cef, namun waktu kerjanya cukup panjang dan melelahkan.

“Apabila ibu jatuh sakit dan isteri pula sedang sarat mengandung, saya putuskan untuk melakukan pekerjaan yang tidak mengikat masa saya,” kongsinya ketika ditemui Bernama di ladang bunga kantannya di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut lelaki itu, kejayaan yang dikecapi hari ini tidak datang sekelip mata, kerana beliau menghabiskan masa kira-kira setahun melakukan kerja lain sebelum mengusahakan tanaman bunga kantan.

Sewa Tanah

Sadam menjalankan kajian sendiri bagi mengenal pasti sayur-sayuran yang mudah ditanam dan memberi laba memuaskan.
Sadam menjalankan kajian sendiri bagi mengenal pasti sayur-sayuran yang mudah ditanam dan memberi laba memuaskan.

“Saya berhenti kerja pada 2015. Pada mulanya saya berniaga kecil-kecilan di tepi jalan, namun selepas seketika saya berasakan ia tidak serasi dengan saya.

“Kemudian tergerak di hati saya untuk menceburi bidang pertanian, bertanam sayur. Tidak jauh dari rumah saya ada satu kawasan lapang iaitu tanah rizab KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad), dan selepas diselidik saya dapati tanah itu boleh disewa untuk dijadikan kawasan pertanian.

“Saya berjaya menyewa tanah seluas tiga ekar atau 1.2 hektar itu yang kemudian saya tanam dengan serai paha ayam. Hasilnya saya jual kepada peraih dan peniaga kecil di sekitar Bangi, namun selepas mengambil kira kos dan tenaga yang dikerah, keuntungannya tidak seberapa.

"Bayangkan, sebatang serai cuma boleh dijual sekitar lima sen, dan bagi saya ia tidak berbaloi kerana ini adalah punca pendapatan utama bagi menanggung keluarga,” ujarnya yang turut menanam pokok buah-buahan.

Beliau kemudian menjalankan kajian sendiri bagi mengenal pasti sayur-sayuran yang mudah ditanam dan memberi laba memuaskan.

“Dari situlah saya tahu kantan berpotensi besar untuk diusahakan. Bermula dengan hanya lapan rumpun pokok kantan pada 2016, kini saya mempunyai lebih kurang 800 rumpun yang menghasilkan jualan bunga kantan dan benih bernilai kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Saya jual secara terus kepada pembeli, kedai dan juga pasar raya di sekitar Lembah Klang,” ujarnya, menambah ladang beliau mengeluarkan kira-kira 400 hingga 700 batang bunga kantan seminggu.

Menurutnya, sebatang bunga kantan dijual pada harga RM1.50 dan RM2, namun boleh mencecah hingga RM5 sebatang pada musim perayaan.

Mudah Dijaga

Cara penanaman kantan cukup mudah iaitu melalui benih rizom yang diambil daripada pokok kantan yang sudah matang.
Cara penanaman kantan cukup mudah iaitu melalui benih rizom yang diambil daripada pokok kantan yang sudah matang.

Menurut Saqdam Zaim, pokok kantan merupakan tumbuhan malar, iaitu hanya ditanam sekali dan boleh bertahan hidup dalam apa juga keadaan, mudah dijaga serta mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit dan makhluk perosak.

"Cara penanamannya cukup mudah iaitu melalui benih rizom yang diambil daripada pokok kantan yang sudah matang dan telah menghasilkan bunga. Benih ini boleh ditanam di tanah gambut yang lembap dan dekat dengan mata air.

“Pokok ini juga tidak perlukan penjagaan rapi selain tidak perlu dibaja dengan kerap. Memadai gunakan teknik mulching untuk menjaga kelembapan tanah dan membantu tumbesaran.

“Teknik mulching ini  cukup mudah, cuma taburkan daun-daun kering di atas tanah dan ia akan menghalang lalang atau rumput daripada tumbuh. Ia juga akan menggalakkan pertumbuhan mycorrhizae (kulat baik) dalam tanah yang membantu dalam proses simbiosis nutrisi antara pokok dan kulat,” jelasnya yang hanya beroleh pengetahuan melalui pembelajaran sendiri. 

Menurutnya lagi, pokok kantan yang ditanam daripada rizom lebih cepat berbunga berbanding pokok daripada biji benih yang boleh mengambil masa hingga dua tahun.

“Dalam serumpun ada 10 hingga 15 batang pokok, dan sebatang pokok kantan matang boleh menghasilkan satu hingga dua batang bunga pada satu-satu masa.  Bunga kantan akan membesar dan berubah warna dalam tempoh empat hingga tujuh hari dan boleh dipetik sebelum ia kembang. Secara purata, bunga kantan boleh dipetik pada setiap empat hingga lima hari,” jelasnya.

Banyak Fungsi

Sadam turut menjalankan kursus sejak 2019 dan peserta antara lain didedahkan kepada kaedah penanaman serta penjagaan pokok kantan..
Sadam turut menjalankan kursus sejak 2019 dan peserta antara lain didedahkan kepada kaedah penanaman serta penjagaan pokok kantan..

Mungkin ramai yang tidak tahu, kegunaan pokok kantan tidak terhad kepada masakan semata-mata. Sebaliknya kata Saqdam Zaim, tumbuhan herba itu mempunyai banyak manfaat lain.

"Bunga kantan, selain digunakan sebagai bahan asas dalam pelbagai masakan, ia juga boleh dijadikan jus. Ia kurang popular di sini tetapi di Indonesia lain ceritanya. Pokok ini juga boleh dijadikan sabun herba.

"Selain itu, cairan di dalam batang pokok kantan boleh disapu di permukaan kulit untuk meredakan kesam lebam. Ini antara kaedah rawatan tradisional yang diajar orang tua-tua dahulu. Daunnya pula boleh dibuat sebagai pembalut batu tuam yang digunakan oleh wanita berpantang. Disebabkan itu saya melihat industri pokok kantan berpotensi besar untuk dikembangkan,” katanya.

Mengambil kira potensi tumbuhan itu, beliau mengambil inisiatif sendiri menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mengusahakan ladang pokok kantan.

“Saya jalankan kursus ini sejak 2019. Antara lain, peserta didedahkan kepada kaedah penanaman serta penjagaan. Mereka juga diberi pendedahan tentang konsep permaculture untuk sistem operasi ladang,” ujarnya, menambah kursus diadakan di Ladang Kantan Bangi miliknya di sini.

Bagaimanapun beliau merancang untuk mengadakan kursus secara dalam talian dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan mereka yang tinggal jauh dari sini. 

“Untuk mengusahakan tanaman kantan tidak memerlukan modal besar. Ia juga boleh dibuat secara sambilan,” katanya, menambah beliau amat mengalu-alukan penyertaan golongan muda.

Menurutnya, setakat ini beliau berjaya membantu ramai anak muda dari sekitar Lembah Klang khususnya, berkecimpung dalam penanaman kantan. 

“Jika saya yang langsung tiada asas dalam bidang pertanian boleh berjaya, anda juga boleh berjaya, asalkan ada kemahuan,” kata bapa kepada seorang anak perempuan dan dua lelaki, masing-masing berusia  enam, lima dan setahun itu. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya