web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia X Sambung Semula Penerbangan Ke Tokyo

AAX berkata penerbangan tiga kali seminggu itu akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik, menjelang pelancaran laluan keduanya ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember depan.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:12AM

AirAsia X (AAX) semalam menyambung semula penerbangannya ke Tokyo (Haneda) berikutan pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara itu untuk pelancong antarabangsa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AirAsia X (AAX) semalam menyambung semula penerbangannya ke Tokyo (Haneda) berikutan pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara itu untuk pelancong antarabangsa.

AAX dalam satu kenyataaan berkata penerbangan tiga kali seminggu itu akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik, menjelang pelancaran laluan keduanya ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember depan.

Sempena penyambungan semula perkhidmatannya, AAX meraikan penerbangan tersebut dengan majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk para tetamu.

AAX juga menawarkan tambang bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) daripada RM699 sehala untuk ekonomi dan daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed.

Tambang tersedia untuk tempahan sekarang bagi tempoh perjalanan antara sekarang hingga 30 Mac 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata Jepun adalah antara destinasi utama syarikat penerbangan itu dan pihaknya teruja untuk kembali ke Tokyo yang merupakan salah satu laluan yang paling popular.

“Penyambungan semula perkhidmatan ke Tokyo juga menandakan komitmen kami untuk memacu pertumbuhan kami sebagai syarikat penerbangan jarak pertengahan. Ini hanyalah laluan pertama daripada beberapa laluan ke Jepun yang akan beroperasi termasuk ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember dan Osaka tahun depan.

“Kami juga mempunyai penerbangan sambungan melalui Kuala Lumpur ke Jepun termasuk dari Australia dan banyak lagi. Apabila permintaan meningkat, kami akan menambah lebih banyak penerbangan ke Tokyo secara beransur-ansur pada masa hadapan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tokyo Keluar Amaran Merah Risiko Strok Haba Di Beberapa Bandar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN