Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Generasi Ketiga Teruskan Legasi Selam Tiram Di Muar

Tiram yang terdapat di Sungai Muar dipercayai sebagai antara berkualiti tinggi di dunia, dan nelayan yang ‘menuai’ hasil di dasar sungai itu masih menggunakan kaedah dan teknik tradisional iaitu menyelam tanpa sebarang peralatan pernafasan.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 8:12AM

aini Mohd Noh, 53, antara penyelam tiram veteran menunjukkan hasil kutipan tiram dengan hanya berbekalkan gogal selam dan tenaganya ketika tinjauan fotoBernama di Pengkalan Tiram, Sungai Muar -

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila melangkah ke daerah Muar pastinya pengunjung akan menjejaki keunikan tersendiri yang terdapat di Bandar Maharani Bandar Diraja itu termasuk mi bandung, sate, asam pedas dan hidangan hasil laut seperti tiram.

Tiram yang terdapat di Sungai Muar dipercayai sebagai antara berkualiti tinggi di dunia, dan nelayan yang ‘menuai’ hasil di dasar sungai itu masih menggunakan kaedah dan teknik tradisional iaitu menyelam tanpa sebarang peralatan pernafasan.

Seorang penyelam tiram, Zainal Yahya, 68, berkata aktiviti menyelam dan mengutip tiram di Sungai Muar dekat Pangkalan Tiram, kira-kira dua kilometer dari Bandar Muar, telah mula dilakukan para nelayan sekitar tahun 1858.

Generasi ketiga selam tiram itu berkata pada tahun 1908, Allahyarham datuknya Yep Pantas mula menjadikan aktiviti menyelam dan mengutip tiram di dasar sungai sedalam antara enam dan sembilan meter sebagai punca utama pendapatan bagi menanggung keluarga. 

"Ketika kanak-kanak, saya kagum melihat bapa melakukan aktiviti mencabar ini dengan menahan nafas, meraba menggunakan tangan kosong kerana tahap penglihatan sangat terhad berikutan dasar sungai yang berlumpur, dan saya mencabar diri akan melakukan perkara sama suatu hari nanti," katanya ketika ditemui Bernama di Pangkalan Tiram, Muar.

Menurut Zainal, ketika berumur 12 tahun dia mula mengikut bapanya, Allahyarham Yahya Yep ke sungai selain diajar menyelam dengan menahan nafas antara satu hingga dua minit di dasar sungai semasa air surut, dan kini kaedah sama juga telah diajarkan kepada anak lelakinya, Azmi Zainal, 36, yang turut berminat melakukan aktitivi itu. 

Katanya, kayu lenggadai sepanjang 10 meter digunakan untuk aktiviti itu dengan memacakkannya ke dasar sungai di sebelah perahu dan penyelam akan turun menyelam mengikut kayu berkenaan, dan mengambil tiram di dasar sungai menggunakan tangan, manakala kaki kekal berpaut pada kayu bagi mengelak daripada dihanyutkan arus.

"Saya akan meneruskan legasi menyelam tiram ini selagi ada hayat kerana ia adalah aktiviti dari generasi ke generasi dengan menggunakan teknik unik. Suatu ketika dahulu terdapat hampir 50 penyelam tiram di Pangkalan Tiram namun kini hanya tinggal lapan orang yang aktif berusia antara 24 dan 69 tahun.

"Menjadi penyelam tiram bukan sesuatu yang mudah kerana setiap penyelam memerlukan banyak tenaga untuk bertahan mengutip tiram di dasar sungai. Kadangkala tekanan dan arus kuat boleh menyebabkan telinga atau hidung berdarah dan inilah antara cabarannya," katanya.

Selain itu, katanya penyelam tiram juga terpaksa berdepan dengan hidupan berbisa seperti obor-obor dan sengatan ikan berduri selain cengkerang tiram dan kupang di dasar sungai yang boleh melukakan jika terpijak.

Zainal berkata terdapat dua jenis tiram yang ditemui di Sungai Muar iaitu isi yang berwarna kelabu coklat, dan putih krim dengan memiliki rasa yang enak selain mendapat permintaan yang tinggi termasuk individu, restoran, hotel dan dieksport ke Singapura.

"Pengalaman yang tidak saya lupakan adalah terpilih untuk mencari tiram di Sungai Muar di belakang Istana Hinggap Muar, Jalan Petri bagi hidangan santapan golongan diraja sekitar tahun 1967, saya teruja, seronok dan dianggarkan enam kilogram tiram siap dikopek kulit telah dihantar ke istana berkenaan," katanya sambil menambah isi tiram segar ketika ini dijual dengan harga sekitar RM50 sekilogram. 

Pada 4 November tahun lepas, media melaporkan menerusi kerjasama penyelidikan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Queen's University Belfast mengesahkan spesies tiram Crassostrea (Magallana) saidii juga dikenali sebagai tiram putih hanya terdapat di muara Sungai Muar dan tidak terdapat di kawasan lain di dunia.

Laporan itu dipetik memaklumkan spesies baharu itu dikenali sebagai tiram putih atau tiram premium dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih krim dan berkualiti tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Karier 8 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PDRM Tunggu Dasar KDN Berhubung Kebenaran Jual Bunga Api, Mercun – KPN

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional Ditubuh Segera - Khaled

4

Budaya 1 tahun yang lalu

Pembuat Colok Tradisional Tidak Menang Tangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Selera 21 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 12 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 16 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran