Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pokok Melaka Tinggi Khasiat, Boleh Digunakan Dalam Masakan

Buah pokok Melaka ini rasanya sedikit kelat dan manis, lazimnya dimakan begitu sahaja atau dibuat sebagai menu masakan antaranya asam pedas buah Melaka, sambal ikan bilis buah Melaka dan kuih agar-agar buah Melaka.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 9:46AM

Pokok dan buah Melaka - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pokok Melaka yang dikenali juga sebagai India Gooseberry bukan sahaja elemen penting dalam lipatan sejarah negeri Hang Tuah ini, malah juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan kini mula dikomersialkan.

Dipilih sebagai antara ikon negeri Melaka, pokok herba ini kaya dengan vitamin C dan mengandungi pelbagai khasiat antaranya bagi melegakan tekanan, menyuburkan rambut, penawar darah tinggi dan mencantikkan kulit.

Pengamal herba dan juruterapi Raja Andak Raja Husin, 63, yang lebih selesa dipanggil Pakndak berkata beliau menjalankan penelitian dan kajian terhadap khasiat pokok buah Melaka bermula sekitar 2019.

Malah, pemilik Pakndak Spa itu berkata buah daripada pokok berkenaan menjadi bahan utama dalam pelbagai produk dihasilkannya termasuk minyak urut dan balm lutut.

“Saya mula buka perniagaan ini pada 2003 selepas bersara daripada Telekom Malaysia. Saya kemudiannya mendapat bimbingan dan teknik mengurut daripada pelbagai agensi termasuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Majlis Amanah Rakyat,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui di reruai Pakndak Spa yang menjadi antara tumpuan pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Melaka, di sini, bagi pengunjung mendapatkan urutan kaki dan badan selepas seharian letih berjalan mengunjungi tapak-tapak pameran.

Pakndak berkata buah pokok ini yang rasanya sedikit kelat dan manis lazimnya dimakan begitu sahaja atau dibuat sebagai menu masakan antaranya asam pedas buah Melaka, sambal ikan bilis buah Melaka dan kuih agar-agar buah Melaka.

Beliau berkata meskipun pokok Melaka ini terdapat di negeri-negeri lain, pokok itu tumbuh lebih subur di Melaka antaranya di perkampungan Hang Tuah, Dataran Sejarah Ayer Keroh, Kompleks Warisan Merdeka Jalan Kota dan kawasan di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

“Pokok ini juga difahamkan mendapat gelarannya kerana mempunyai sejarah bernilai semasa pembukaan kesultanan Melaka dan hari ini usaha kerajaan Melaka menanam pokok ini di sepanjang sungai amat dipuji dalam usaha mempromosikan pokok ini sebagai satu daripada ikon negeri Melaka.

“Di samping itu, kita juga mahu anak-anak muda kenal pokok ini dan mungkin boleh buat kajian lebih mendalam tentang khasiat-khasiatnya pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 12 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki