Berita Terkini

1 jam yang lalu: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus 1 jam yang lalu: PRU-15 Tioman: AMANAH setuju PH beri laluan kepada calon BN 1 jam yang lalu: Kompaun lebih RM500,000 kepada pengeluar, pemborong dan peruncit ayam, telur ayam - KPDNHEP 3 jam yang lalu: Liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah meningkat 88.06 peratus 4 jam yang lalu: Pertimbang beri kuasa autonomi dalam isu pendidikan - Menteri Sarawak

IKUTI KAMI


Pengecualian Visa, Yen Lemah Akan Lonjak Pelancongan, Beli-Belah Di Jepun

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 8:59PM

Sebelum ini, pelancong hanya boleh melakukan perjalanan ke Jepun menerusi pakej pelancongan. - Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah Jepun untuk membenarkan pelancongan dan perjalanan bebas tanpa visa dalam situasi mata wang yen yang lebih rendah akan meningkatkan pelancongannya, termasuk menarik lebih ramai pengunjung dari Malaysia dan merangsangkan pemulihan sektor yang paling teruk terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur, Fumi Matsumoto berkata pengumuman terbaru mengenai pelonggaran sekatan perjalanan dijangka melonjakkan ekonomi dengan pelancongan masuk diunjurkan meningkat dibantu oleh penyusutan nilai yen.

Berkuat kuasa 11 Okt 2022, Jepun akan menerima semula perjalanan individu dan kemasukan tanpa visa untuk pelancong asing serta memansuhkan had ketibaan harian.

Sebelum ini, pelancong hanya boleh melakukan perjalanan ke Jepun menerusi pakej pelancongan.

“Pengembara ke Jepun akan mendapat lebih banyak manfaat daripada aktiviti makan dan beli-belah berikutan yen lemah walaupun harga pakej pelancongan meningkat 20 hingga 30 peratus disebabkan harga bahan api yang melambung tinggi dan pengaturan perjalanan normal baharu,” katanya kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata hubungan dua hala yang terjalin sejak sekian lama dan Dasar Pandang Ke Timur (DPT) yang meraikan ulang tahun ke-40 tahun ini, akan terus menggalakkan rakyat Malaysia melawat Jepun termasuk tiga destinasi pilihan utama iaitu Hokkaido, Tokyo dan Osaka.

Bagi pihaknya, JNTO telah mempromosikan daya tarikan Jepun walaupun semasa pandemik dan kini berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan ketibaan pelancong Malaysia di Jepun sejak sekatan kemasukan sempadan dilonggarkan secara beransur-ansur mulai 10 Jun, 2022.

Matsumoto berkata walaupun sekatan perjalanan, dengan pelancong perlu melakukan perjalanan melalui pakej pelancongaan, telah dilonggarkan namun bakal pelancong perlu mengemukakan sama ada sijil vaksinasi COVID-19 bagi tiga dos vaksin yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau keputusan PCR negatif yang telah dilakukan dalam masa 72 jam sebelum meninggalkan negara asal.

Jepun menarik kira-kira setengah juta pelancong dari Malaysia sebelum pandemik pada 2019.

“Kami menjangkakan angka ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk kembali kepada paras yang sama sebelum pandemik,” katanya sambil menambah 1,600 rakyat Malaysia telah melawat Jepun pada Julai 2022.

Kira-kira 468,360 rakyat Malaysia melawat Jepun pada 2018 dan 501,592 pada 2019 sebelum pandemik melanda.

JNTO baru-baru ini menganjurkan Pameran Pelancongan Jepun (JTF) 2022 secara hibrid mulai 12 hingga 21 Sept, mempromosikan pelancongan ke Jepun.

Kembali diadakan selepas tiga tahun dan pada ulang tahun ke-40 DPT, acara langsung JTF 2022 di Pusat Beli-belah Tropicana Gardens dari 16 hingga 18 Sept itu menampilkan  21 organisasi yang mengambil bahagian dan acara dalam talian yang boleh diikuti menerusi laman web JNTO mempunyai 26 organisasi.

Matsumoto berkata lebih 60,000 pengunjung direkodkan bagi JTF 2022 secara fizikal manakala menerusi dalam talian pula mencatatkan lebih 90,000 pengunjung, satu petanda bahawa rakyat Malaysia tidak sabar untuk melawat Jepun lagi.

JTF 2022 menyaksikan 13 kerajaan wilayah Jepun dan organisasi berkaitan mengambil bahagian dalam talian untuk mempromosikan wilayah masing-masing seperti Okinawa yang memilki pantai yang indah, dengan “tujuh daripadanya telah datang ke Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada JTF 2022”.

Sejumlah 31.8 juta pelancong di seluruh dunia melawat Jepun pada 2019.

Sara Yong dari Biro Pelancongan Jepun berkata sambutan terhadap JTF 2022 adalah sangat baik memandangkan ramai yang telah membeli tiket dan menempah lawatan prarancangan untuk musim bunga sakura.

Dari akhir Mac hingga pertengahan April atau awal Mei, bunga sakura yang menjadi ikon negara itu menarik perhatian pengunjung dan penduduk tempatan apabila bunga-bunga indah ini menjadi hamparan melitupi Jepun dengan keindahan warna merah jambu lembut.

“Sekarang dengan pembukaan semula sempadan, mereka tidak sabar untuk kembali ke Jepun selepas dua tahun tidak berbuat demikian, dan kami menerima banyak pertanyaan untuk urusan lawatan dan perjalanan.

“Di Hokkaido, pelancong Malaysia suka menikmati musim sejuk dan salji,” katanya, merujuk kepada hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak perlu pergi jauh hingga ke barat, sebaliknya hanya berkunjung ke negara terdekat untuk mengalami musim sejuk.

Beliau berkata JNTO telah mempromosikan Jepun sebagai destinasi pelancongan melalui Facebook, Instagram dan laman webnya serta kempen dalam talian untuk menarik dan memperkenalkan permata Jepun kepada rakyat Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

SOJC: Malaysia Terus Berputih Mata, Kecundang 0-8 Di Tangan Australia

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Siri Animasi Mechamato Raih Perhatian Peminat Antarabangsa

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Syarikat Permainan Malaysia Catat Jualan Eksport RM124.67 Juta Di Tokyo Game Show

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

Mahu Bercuti ke Jepun, Jom Cari Maklumat dan Pakej Percutian di Japan Travel Fair 2022

Sorotan

1

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Indra, Zii Jia Berpisah

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50