Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


3 Lokasi Percutian Berkonsepkan Eko Pelancongan Ini Patut Anda Cuba

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, ini 3 lokasi kami cadangkan untuk anda tenangkan fikiran dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 10:01AM

Lokasi ini menawarkan penginapan berkonsepkan chalet mengikut bajet anda. - Gambar dari Facebook Tahsin Bangi Gateway

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang cuti sekolah yang hampir tiba pada bulan September ini, pastinya ramai yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan terutama bagi mereka yang menetap di bandar dan ingin lari dari kesibukan kota adalah kawasan hutan, sungai atau dalam erti kata lain eko pelancongan.

Lokasi percutian seperti ini adalah antara pilihan yang tepat untuk anda menenangkan fikiran dan melupakan urusan kerja. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan ibu bapa memupuk anak mereka untuk cinta alam semula jadi.

Dalam masa yang sama, anda pasti mahu mencari lokasi yang menawarkan harga yang berpatutan mengikut bajet anda, betul?

Jadi, kami kongsikan tiga lokasi percutian berkonsepkan eko pelancongan yang terletak di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Congkak Eco Resort

Sudah pasti Sungai Congkak merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan kepada pengunjung di sekitar Lembah Klang menjelang cuti sekolah. Bagi yang merancang untuk bermalam kenapa tidak anda hadir ke Congkak Eco Resort.

Lokasi ini menawarkan penginapan berkonsepkan chalet mengikut bajet anda. Bahkan terdapat dua jenis chalet dibina berdekatan sungai iaitu chalet batu dan chalet kayu.

Jadi anda boleh bersantai bermandi-manda di sungai, melakukan aktiviti barbeku dan sebagainya. Malah disediakan juga aktiviti lain seperti jungle tracking, river tracking dan night walk namun ia mengikut tempahan dan harga pakej khas yang diambil.

Bersesuaian untuk anda hadir bersama anak-anak atau mengadakan hari keluarga. Menginap selama dua hari satu malam pun sudah cukup memuaskan hati anda untuk bercuti disini.

Alamat: Congkak Eco Resort, Bt 20 1/2 Jln Sg Congkak, Kg Padang, 43100, Kajang, Selangor

Waktu Operasi: 9 pagi -10 malam  (Mengikut Tempahan)

Harga: Chalet Kayu RM180-RM380 satu malam (mengikut saiz bilik), Chalet Batu RM120-RM250 satu malam (mengikut saiz bilik).

Anda disarankan untuk membawa peralatan perkhemahan yang lengkap jika ingin ke Campsite Sungai Pertak. - Gambar dari thejtoutdoor.com
Anda disarankan untuk membawa peralatan perkhemahan yang lengkap jika ingin ke Campsite Sungai Pertak. - Gambar dari thejtoutdoor.com

Campsite Sungai Pertak

Bagi yang lebih gemar untuk bermalam di bawah khemah yang dikelilingi hutan serta sungai, ini lokasi yang patut anda cuba. Terletak sekitar 15KM dari pekan Kuala Kubu Bharu, Campsite Sungai Pertak ini menyediakan dua tapak kawasan yang luas yang berhampiran dengan Sungai Pertak.

Anda disarankan untuk membawa peralatan perkhemahan yang lengkap seperti khemah, dapur dan seumpamanya kerana tiada perkhidmatan sewa disediakan. Cantik, aman dan bersih, itu yang boleh dikatakan mengenai kawasan ini.

Dari aspek keselamatan pula, anda tidak perlu risau sama ada ingin bermalam atau meluangkan masa seharian di sini. Ini kerana ia dikawal dan dijaga rapi pihak berkuasa serta masyarakat orang asli yang sudah lama mendiami kawasan Pertak ini.

Di sini, anda berpeluang untuk alami pengalaman seakan-akan di dalam hutan sebenar kerana tiada tandas disediakan dan sumber air hanya bergantung kepada air sungai. Begitu juga dengan kemudahan tempat solat, tiada surau atau masjid yang berdekatan di kawasan tersebut.

Kepada kaki pancing pula, sungai ini membenarkan anda untuk memancing ikan, jadi jangan sesekali lepaskan peluang ini. Oleh itu, segala aktiviti boleh dilakukan di sekitar kawasan khemah sahaja.

Bagi mereka yang ingin bercuti di sini, anda dicadangkan untuk bermalam sekurang-kurangnya satu malam. Sebagai peringatan, sediakan seberapa banyak mungkin kemudahan dan peralatan bagi memudahkan anda melakukan aktiviti di sini.  

Alamat: Kampung Asli Pertak, Jalan Kg, 44000, Kuala Kubu Baru, Selangor

Waktu Operasi: 9AM-6PM

Harga tapak khemah: RM30/sehari untuk 1 khemah

Santuari Kelip-Kelip Kg Kuantan

Bagi yang merancang untuk melakukan aktiviti yang mengambil masa kurang dari satu hari, anda boleh singgah ke Santuari Kelip-Kelip Kg Kuantan untuk melihat kehidupan kunang-kunang. Terletak kira-kira 10 km dari pekan Kuala Selangor, Kampung Kuantan ini terkenal dengan habitat kunang-kunang yang hidup secara liar.

Di tempat ini, anda boleh menyelami pengalaman melihat serangga tersebut di celah-celah pokok kayu bakau secara dekat dengan menaiki sampan. Namun, anda sama sekali dilarang menangkap atau membawa pulang serangga ini walaupun seekor kerana ia adalah spesies terancam dan sesiapa yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Anda akan dibawa menyusuri sungai yang mempunyai jarak 8 km ke hulu dan 18 km ke hilir untuk melihat kunang-kunang dalam masa 20 hingga 30 minit. Waktu yang tepat untuk menjalankan kegiatan aktiviti ini adalah pada waktu malam.

Keunikan kunang-kunang yang bercahaya ini pasti memberikan pengalaman yang hebat terutama bagi kanak-kanak.

Jika anda mahu mencari tempat untuk bermalam selepas selesai aktiviti ini, usah risau. Terdapat juga hotel dan homestay yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi tersebut. Harganya juga dalam anggaran RM70 Hingga RM400 untuk satu malam mengikut saiz bilik dan rumah.

Lokasi: Sungai Selangor, Kg Kuantan

Waktu Operasi: 7.45 malam-10.30 malam ( Setiap hari )

Harga Sampan: RM50 (Maksimum 4 orang dewasa)

Homestay: RM70-RM400 untuk satu malam (bergantung saiz bilik atau rumah) - Getaran, 29 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

KTMB Sedia Tren Tambahan Sempena PRN, Cuti Sekolah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Tidak Perlu Lanjut Cuti Sekolah, Jangan Buat Pelajar Ketinggalan Pelajaran

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Strok Haba: Jemaah Menteri Perlu Bincang Cadangan Lanjut Cuti Sekolah - TPM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu Bapa Lupakan Percutian Demi Belanja Persiapan Sekolah Anak, Aidilfitri

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 12 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 16 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 21 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya