web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Lupakan Percutian Demi Belanja Persiapan Sekolah Anak, Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:50AM

Keadaan ekonomi yang meruncing menjadikan ini masa terburuk untuk bercuti walaupun cuti sekolah sudah bermula. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Keadaan ekonomi yang meruncing menjadikan ini masa terburuk untuk bercuti walaupun cuti sekolah sudah bermula, berikutan ibu bapa terpaksa menyediakan wang untuk pembukaan semula sekolah bulan ini dan persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada April.

Ibu kepada seorang anak, Julisa Salman, 33, berkata, dia telah menjelaskan perkara itu kepada anak lelakinya yang berusia 12 tahun bahawa mereka sekeluarga perlu berhemah dalam menghabiskan musim cuti sekolah kali ini.

Julisa berkata, dia telah menjelaskan perkara itu kepada anak lelakinya bahawa mereka sekeluarga perlu berhemah dalam menghabiskan musim cuti sekolah kali ini. - Gambar ihsan Julisa Salman
Julisa berkata, dia telah menjelaskan perkara itu kepada anak lelakinya bahawa mereka sekeluarga perlu berhemah dalam menghabiskan musim cuti sekolah kali ini. - Gambar ihsan Julisa Salman

“Saya memberitahunya bahawa saya perlu mengeluarkan banyak belanja apabila sekolah dibuka semula untuk membeli peralatan sekolah, pakaian dan buku pada bulan ini.

“Saya juga perlu mula membeli barangan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan yang sama. Jadi tahun ini, kami tidak akan ke mana-mana semasa cuti sekolah,” katanya.

Apabila senario ekonomi lebih baik sebelum pandemik COVID-19, ramai ibu bapa akan merancang percutian bersama keluarga mereka semasa musim cuti sekolah akhir tahun.

Di Sabah, musim cuti sekolah tahun ini bermula dari 18 Februari hingga 19 Mac.

Sekolah dijadual dibuka semula pada 20 Mac ini manakala sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 21 April.

Seorang lagi ibu tempatan di sini, Noorasvilla Muhamma berkata, dia mungkin membelanjakan kira-kira RM500 untuk yuran dan peralatan persekolahan anaknya yang masing-masing berusia empat dan tujuh tahun. 

Selain itu, katanya, kira-kira RM300 diperlukan sebagai persiapan menyambut Hari Raya.

Noorasvilla mendapati keluarganya berbelanja lebih pada bulan puasa sebelum Hari Raya kerana lebih banyak hidangan istimewa disediakan untuk sesi berbuka puasa pada sebelah malam. - Gambar ihsan Noorasvilla Muhamma
Noorasvilla mendapati keluarganya berbelanja lebih pada bulan puasa sebelum Hari Raya kerana lebih banyak hidangan istimewa disediakan untuk sesi berbuka puasa pada sebelah malam. - Gambar ihsan Noorasvilla Muhamma

Perbelanjaan itu bagaimanapun tidak boleh dilakukan sehingga April kerana pembelian, seperti baju raya, mesti dibuat lebih awal untuk mengelakkan urusan saat akhir.

Noorasvilla juga berkata, dia mendapati keluarganya berbelanja lebih pada bulan puasa sebelum Hari Raya kerana lebih banyak hidangan istimewa disediakan untuk sesi berbuka puasa pada sebelah malam.

“Ya, kami tidak ke mana-mana cuti ini. Saya rasa ramai keluarga Islam juga seperti kami. Kami menyimpan untuk perbelanjaan kami bulan depan,” katanya.

Sementara itu, seorang guru di Sandakan, Wendy Aaliyah Chong berkata, dia membahagikan perbelanjaan yang diperlukan untuk pembukaan semula sekolah dan persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan membeli beberapa barangan persekolahan lebih awal.

Ini termasuk pakaian sekolah, kasut, beg dan buku.

Wendy gembira dengan pembentangan Belanjawan 2023 apatah lagi semua penjawat awam kerajaan akan menerima bonus RM700 untuk sambutan Aidilfitri. - Gambar ihsan Wendy Aaliyah Chong
Wendy gembira dengan pembentangan Belanjawan 2023 apatah lagi semua penjawat awam kerajaan akan menerima bonus RM700 untuk sambutan Aidilfitri. - Gambar ihsan Wendy Aaliyah Chong

“Dengan cara ini, saya tidak perlu mengeluarkan sejumlah besar wang pada satu-satu masa bulan depan.

“Namun, kami berjimat cermat pada bulan ini supaya kami ada dana kecemasan yang akan digunakan untuk yuran tambahan sekolah dan sebagainya,” katanya.

Sebagai penjawat awam, Wendy berkata, dia gembira dengan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi semua penjawat awam kerajaan Persekutuan akan menerima bonus RM700 untuk sambutan Aidilfitri.

“Orang ramai mungkin tidak fikir RM700 itu banyak, tetapi ia akan menjadi bantuan yang amat besar untuk keluarga saya,” kata ibu kepada tiga anak itu. - The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad