web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPj Sasar 120,000 Pengunjung Cruise Tasik Putrajaya Menjelang Hujung Tahun

Cruise Tasik Putrajaya menawarkan dua jenis pengangkutan iaitu bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang dibentuk seperti perahu tradisi Melayu.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 7:15AM

Pelayaran ini menelusuri Tasik Putrajaya seluas 650 hektar dan mengambil masa sekitar 45 minit - Gambar laman web ppj.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin mencapai sasaran 120,000 pengunjung menerusi produk pelancongan Cruise Tasik Putrajaya menjelang akhir tahun ini. 

Pengarah Alam Sekitar Jabatan Perancangan Bandar Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland PPj Ruhselah Ismail berkata sasaran itu seiring dengan pemulihan ekonomi yang terus mencuri tumpuan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara sejak sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula. 

"Bagi enam bulan pertama tahun ini, kita telah menerima lebih daripada 60,000 pengunjung perkhidmatan kapal persiaran dan kita lihat sambutan semakin menggalakkan terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah," katanya kepada Bernama pada Lawatan dan Networking Delegasi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini semalam. 

Beliau berkata pelayaran menelusuri Tasik Putrajaya seluas 650 hektar dan mengambil masa sekitar 45 minit itu menawarkan dua jenis pengangkutan iaitu bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang dibentuk seperti perahu tradisi Melayu.

Menerusi pelayaran itu pengunjung berpeluang menikmati pemandangan pelbagai mercu tanda termasuk Masjid Putra dari atas bot yang mampu memuatkan kira-kira 50 penumpang. 

Ruhselah berkata produk baharu seperti pantai buatan Pantai Floria yang dilancarkan pada Februari lepas, yang menjadi laluan bot persiaran turut menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan di pusat pentadbiran kerajaan itu.

Katanya pelbagai produk pelancongan seperti taman cahaya Putrajaya Secret Garden dan lebih 30 tarikan lain juga antara yang akan menjadi tarikan untuk terus menambat pengunjung.

Sementara itu, Presiden PERTAMA Sariha Mohd Ali berkata pihaknya berasa bertuah berpeluang mencuba tarikan tersebut sekali gus menjalinkan hubungan erat bersama PPj. 

Beliau berkata PERTAMA sentiasa bersedia menyebarluaskan peranan dan fungsi pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Apabila hubungan dengan lebih banyak pihak dijalinkan, maka lebih ramai yang akan mengetahui dan memahami fungsi dan tugas wartawan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis