web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jelajah Makanan Taiwan Terajui Pengembangan Pasaran Di Malaysia

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 9:24PM

James Y. C. Chang (kiri) bersama Simon Wang dan Cynthia Kiang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jelajah Makanan Taiwan akan menjadi platform terbaik untuk rakyat Malaysia mengenali kepelbagaian makanan Taiwan, kata Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia James Y. C. Chang.

Pada sidang media serantau secara maya yang diadakan di Taipei hari ini dan dihubungkan secara serentak dengan Kuala Lumpur, Seoul, Singapura dan Ho Chi Minh City, Chang berkata jelajah itu melibatkan Malaysia, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam.

Beliau berkata berdasarkan statistik eksport antara Januari dan Julai lepas, empat negara ini adalah antara 12 pengimport utama produk pertanian dan makanan Taiwan.

“Jumlah nilai eksport ke empat negara ini sebanyak US$519.88 juta, menyumbang 16.5 peratus daripada jumlah nilai eksport,” katanya.

Ketua Pengarah Biro Perdagangan Luar Negeri Taiwan Cynthia Kiang serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) Simon Wang, penganjur bersama majlis itu, turut hadir.

Jelajah itu adalah usaha pemasaran multinasional untuk membantu memperluas peluang perniagaan pengeluar makanan Taiwan dalam era pasca sekatan pergerakan. Acara akan diadakan di pusat beli-belah dan pasar raya seperti AEON dan Isetan.

James Y.C Chang - Gambar Bernama
James Y.C Chang - Gambar Bernama

Pastri Taiwan, minuman, mi kering, buah-buahan kering adalah antara beberapa produk yang ditawarkan. Promosi bermula hari ini dan berakhir pada Disember 2022. 

Chang berkata sebanyak 1,061 pengeluar Taiwan telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk makanan dan kosmetik.

Beliau berkata ketegangan China-Taiwan baru-baru ini tidak menjejaskan usaha untuk mempromosikan produk Taiwan dan terdapat rancangan untuk mengadakan 50 aktiviti jualan dan promosi untuk memanfaatkan kira-kira 2,000 pengeluar dengan peluang perniagaan melebihi US$62 juta.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan memperuntukkan NT$200 juta (NT$1=15 sen) untuk membantu perniagaan dalam pasaran domestik dan luar negara, dengan tumpuan kepada 13 negara,” katanya.

Selain empat negara dalam jelajah secara maya hari ini, sembilan negara lain ialah Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Thailand, New Zealand, Australia, Perancis, United Kingdom dan Belanda.

Untuk terus memperluas usaha pemasarannya di sini, Chang berkata TAITRA akan menghantar delegasi untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada September dan Ekspo Antarabangsa Selangor (F&B) ke-8 pada Oktober ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis