web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menara Alor Setar Perkenal Tarikan Baharu Untuk Peminat Sukan Ekstrem

Menara Alor Setar hari ini telah memperkenalkan satu tarikan baharu iaitu ‘Dropzone & Snap-Sky’ yang dijangka bakal menarik lebih ramai para peminat sukan ekstrem dari seluruh negara.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 4:09PM

Peminat aktiviti lasak, Noor Faiezah Ahmad Ibrahim,32 melakukan aktiviti Dropzone pada ketinggian 105 Meter selepas perasmian Dropzon & Snap-Sky di Menara Alor Setar hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menara Alor Setar hari ini melancarkan tarikan baharu iaitu ‘Dropzone & Snap-Sky’ yang bakal menarik lebih ramai peminat sukan ekstrem dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Ainol Shaharina Sahar berkata sejak mula beroperasi April lepas, aktiviti itu mendapat sambutan menggalakkan terutama dalam kalangan peminat sukan ekstrem yang ingin mencabar keberanian masing-masing.

Gambar Facebook Menara Alor Setar
Gambar Facebook Menara Alor Setar

“Bagi aktiviti ini, peserta akan dibawa ke tempat pelepasan di ketinggian 105 meter menara sebelum dipakaikan abah-abah keselamatan. Menerusi aktiviti Dropzone, peserta dapat menikmati pemandangan bandar raya Alor Setar dalam keadaan tergantung di udara sebelum turun ke dataran menara.

“Bagi Snap-Sky pula, peserta boleh berjalan dan duduk di atas pelantar sambil mengambil gambar. Peserta tidak perlu bimbang kerana aspek keselamatan sangat dititikberatkan dan seramai 10 orang yang terlatih daripada Persatuan Sukan Mendaki Negeri Kedah akan menjaga keselamatan mereka,” katanya selepas majlis perasmian Dropzone & Snap-Sky di Menara Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk mencuba aktiviti itu boleh datang membeli tiket di kaunter menara yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam.

Peserta yang berminat akan dibawa ke tempat pelepasan di ketinggian 105 meter menara sebelum dipakaikan abah-abah keselamatan - Gambar Facebook Menara Alor Setar
Peserta yang berminat akan dibawa ke tempat pelepasan di ketinggian 105 meter menara sebelum dipakaikan abah-abah keselamatan - Gambar Facebook Menara Alor Setar

“Peserta boleh pilih untuk buat aktiviti ini pada waktu siang atau malam tetapi ia bergantung kepada keadaan cuaca, sekiranya hujan aktiviti ini tidak akan dijalankan atas aspek keselamatan. Mereka yang ingin mencuba aktiviti ini juga perlu melebihi tahap ketinggian 90 sentimeter.

“Sempena ulang tahun Menara Alor Setar ke-25 tahun, pihak menara menawarkan harga istimewa khas untuk warganegara Malaysia hingga 31 Ogos ini. Bagi Dropzone, harga promosi adalah RM99 berbanding harga asal RM129 manakala harga promosi Snap-Sky pula ialah RM25 berbanding harga asal RM30,” katanya.

Sementara itu, Ainol Shaharina berkata sejak April lepas, seramai 120 peserta telah mencuba kedua-dua aktiviti itu dan jumlah peserta yang ingin mencuba tarikan baharu ini dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Selepas ini, kita sasarkan setiap bulan seramai 150 orang akan mencuba sukan ekstrem ini. Inilah masanya untuk mereka di luar sana datang mencuba sendiri dan menguji keberanian mental dan fizikal serta cuba melawan perasaan gayat dan takut,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar Bantah Sewa Naik 'Mencanak'

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Taufan Idalia Jejas Lebih 300,000 Penduduk Di Wilayah Barat Cuba

4

Semasa 3 tahun yang lalu

3 Lagi Suspek Larikan Seorang Pemuda Ditahan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini