web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Lokasi ‘Glamping’ Terbaik Untuk ‘Staycation’!

Alami keindahan alam semula jadi di Selangor dengan penuh gaya, sesi ‘glamping’ ialah pilihan yang terbaik!

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 5:06PM

Gambar: Instagram @sunwaylagoon

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, trend ‘glamping’ atau ‘perkhemahan dengan gaya’ merupakan trend pelancongan yang mendapat perhatian.

Kebiasaannya, glamping menawarkan kemudahan-kemudahan yang ‘extra’ seperti set tilam mewah, lampu artisan dan dekorasi yang menawan.

Bayangkan anda sedang menikmati hari cuti semasa matahari terbenam, sambil menghirup secangkir teh serta menikmati pemandangan semula jadi. 

Dengan glamping, anda dapat merasai semua ini! Berikut kami senaraikan lima lokasi glamping terbaik di Selangor, seperti di bawah:

Gambar: Instagram @lubarcamp
Gambar: Instagram @lubarcamp

#1 Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Seperti namanya, Taman Eko Rimba Komanwel menawarkan pengalaman hutan tebal dengan taman dan tasik yang indah. 

Boleh dikatakan tapak perkhemahan di tepi tasiknya adalah pilihan utama para pengunjung. Ia sebuah hutan yang menyelubungi sebuah taman tasik yang menghijau. 

Terdapat juga laluan mendaki yang boleh diakses semua orang dari semua peringkat usia. Sedikit tip, kerana lokasi ini sangat popular dalam kalangan pelancong tempatan, anda harus menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal.

Gambar: Instagram @riverandglamp
Gambar: Instagram @riverandglamp

#2 River & Glamp

Kawasan perkhemahan mewah ini terletak di Gombak, perjalanan kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves.

Selain boleh berkhemah di tepian sungai, lokasi ini menyerlahkan keindahan alam semula jadi di Batu Caves.

Pakej yang disediakan, termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Semuanya disajikan dalam suasana glamping!

Gambar: Instagram @akenggdagang
Gambar: Instagram @akenggdagang

#3 Dusun Bonda

Terletak di Batang Kali, pada mulanya kawasan perkhemahan ini merupakan sebuah vila kecil milik persendirian. Menariknya, tapak perkhemahan di sini berada di dalam dusun buah-buahan. 

Menghadirkan suasana yang tenang dan damai, Dusun Bonda juga menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak seperti kolam dan air terjun buatan.

Keindahan persekitaran dan susunan aktiviti di sini, pastinya menawarkan pengalaman yang menarik untuk anda seisi keluarga.

Gambar: Instagram @thesticksquide
Gambar: Instagram @thesticksquide

#4 The Sticks

Terletak di Kuala Kubu Baru, resort eko ini dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah. Dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, resort ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria.

Pengunjung dapat merasai sesi perkhemahan di dalam hutan dengan selesa kerana khemahnya dilengkapi dengan katil, selimut dan kipas siling. 

Anda juga boleh menikmati alam sekitar sambil bersantai di buaian atau berenang di sungai. 

Gambar: Instagram @sunwaylagoon
Gambar: Instagram @sunwaylagoon

#5 Camp Out!, Sunway Lagoon

Camp Out! ialah sesi perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama di Sunway Lagoon. Ia juga merupakan glamping pertama yang berada di dalam sebuah taman tema.

Dari pagi hingga malam, Camp Out! boleh dikatakan versi glamping yang bukan seperti kebiasaan kerana ia sesi perkhemahan yang bukan di dalam hutan. 

Glamping di sini lengkap dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk bermalam di taman tema Sunway Lagoon! – Getaran, 10 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis