web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Lokasi Menarik 'Glamping' Selepas PKP Berakhir

Terbayang-bayang udara segar luar kota, bunyi air sungai mengalir, melihat bintang-bintang di langit malam. Eh, tak sabarlah nak cuba 'glamping!'

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 9:30AM

Gopeng Glamping Park. Gambar: Twitter @gopengglamping

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pepatah ada berkata, jauh perjalanan luas pengalaman. Tapi, sejak negara dilanda wabak COVID-19 ini, sudah lama rasanya kita tidak bercuti dengan insan tersayang. Jadual seharian hanya dipenuhi dengan kerja, masak, makan, minum, layan anak-anak & mengemas rumah. Lama-kelamaan boleh kram otak!

Apa kata lepas habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti, rancang percutian yang lain dari lain, paling penting percutian itu nanti mestilah bersifat 'mesra poket.' Selain bercuti, boleh juga membantu menambah baik ekonomi dan sektor pelancongan negara. 

Moh kita Cuti-cuti Malaysia! Di sini, kami senaraikan beberapa tempat glamping menarik yang terdapat di Malaysia. 

 

Gopeng Glamping Park

Terletak di LOT 10846, Jalan Besar, Kampung Chulek, Gopeng di Perak, Gopeng Glamping Park ini menyediakan beberapa jenis kemudahan penginapan, ruang makan dan kemudahan menarik termasuk aktiviti-aktiviti outdoor yang menyeronokkan.

Sebuah khemah boleh memuatkan kira-kira 4 orang tetamu.  Menariknya, sekiranya anda ingin bercuti lama, pengusaha Gopeng Glamping Park ini turut menyediakan perkhidmatan mendobi dan paling penting, ada Wi-fi. Jadi tak perlulah risau sekiranya jiwa meronta-ronta nak kemas kini laman Instagram & Facebook masing-masing!

Bagi mereka yang datang menggunakan kenderaan sendiri, ruang parkir kenderaan secara percuma turut tersedia. Tak perlu runsing dengan kadar bayaran parkir 'cekang' seperti di Kuala Lumpur.

Gambar: Twitter @gopengglamping
Gambar: Twitter @gopengglamping
Gambar: Twitter @gopengglamping
Gambar: Twitter @gopengglamping
Gambar: Twitter @gopengglamping
Gambar: Twitter @gopengglamping

Tadom Hills Resort

Jika anda berada di sekitar Sepang, Banting dan berdekatan dengannya, Tadom Hills Resort merupakan pilihan paling baik buat anda. Paling utama, tidak perlu menggunakan modal yang keras untuk ke sini.

Malah, sekiranya anda merupakan pencinta aktiviti air, Tadom Hills Resort adalah destinasi percutian yang sesuai buat anda. Infrastuktur di sini diperbuat daripada buluh yang akan membuatkan anda sekeluarga terbuai-buai dengan kesyahduan suhu sejuk semula jadi tanpa penghawa dingin. 

Pelbagai aktiviti menarik juga boleh dibuat bersama keluarga atau teman tersayang, antaranya seperti berenang di tasik, bermain rakit dan bersantai. Kami jamin, di sini anda akan merasai pengalaman percutian yang berbeza. 

Gambar: Facebook @tadomhill
Gambar: Facebook @tadomhill
Gambar: Facebook @tadomhill
Gambar: Facebook @tadomhill
Gambar: Facebook @tadomhill
Gambar: Facebook @tadomhill

Mongolian Yurt Sabah

Inginkan kelainan? Sekiranya anda berkunjung ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah, jangan lupa singgah di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge. Rugi kalau dah sampai tak tidur semalaman di sini tau!

Tak perlu membazir untuk bercuti ke Mongolia, rasai pengalaman seakan-akan bercuti di luar negara, dengan persekitaran yang damai dan menenangkan. 

Untuk pengetahuan, Mongolian Yurt ini terletak di Kundasang, Sabah dan salah satu aktiviti wajib jika anda ke sini ialah memerhati bintang. Nak tip? Tengok bintang pada jam 11 malam ke atas, jelas terlihat bintang-bintang berkelipan (jangan nyanyi lagu Amy Mastura pula ya!).

Setakat ini saja info tempat glamping menarik dari kami. Jom, kita mula pasang angan-angan! - Getaran, 4 Mac 2021

Gambar: Facebook @niceyurt
Gambar: Facebook @niceyurt
Gambar: Facebook @niceyurt
Gambar: Facebook @niceyurt
Gambar: Facebook @niceyurt
Gambar: Facebook @niceyurt

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi