web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Paling Mudah Dikunjungi Pelancong Pada Pasca Pandemik - Nancy

Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bermula 1 Mei lalu menjadikan Malaysia antara salah satu negara yang paling mudah untuk dilawati dalam era pasca pandemik (COVID-19).

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 7:35AM

Pelancong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia adalah salah satu negara yang paling mudah untuk dilawati  dalam era pasca pandemik (COVID-19), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata ini termasuk kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bermula 1 Mei lalu dengan pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan individu bawah 17 tahun dikecualikan daripada ujian COVID-19  prapelepasan dan semasa ketibaan.

“Polisi perlindungan insurans bukan prasyarat untuk warga asing memasuki negara ini,” katanya pada jamuan malam menjalin rangkaian dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Thailand (TTAA) di Kuala Lumpur semalam.

Nancy berkata Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang bandaraya bersejarah Melaka sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan pengiktrafan tersebut diharap dapat meningkatkan lagi kedatangan warga Thailand.

“Thailand adalah seperti abang besar kami dan kekal sebagai salah satu pasaran jarak dekat,” katanya.

Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang bandaraya bersejarah Melaka sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan pengiktrafan tersebut diharap dapat meningkatkan lagi kedatangan warga Thailand - Gambar fail
Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang bandaraya bersejarah Melaka sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan pengiktrafan tersebut diharap dapat meningkatkan lagi kedatangan warga Thailand - Gambar fail

Nancy berkata Malaysia merekodkan lebih 1.8 juta ketibaan pelancong Thailand pada 2019 dengan hampir 70 peratus adalah pengembara berulang untuk bercuti, membeli-belah dan melawat rakan dan saudara mara mereka.

Beliau berkata aktiviti popular pelancong Thailand ialah bersiar-siar di bandar, membeli-belah dan melawat tapak bersejarah termasuk muzium dan negeri yang paling banyak dikunjungi ialah Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Kami (Malaysia dan Thailand) bukan sahaja akrab sebagai negara jiran, tetapi Malaysia juga destinasi nilai untuk wang,” kata Nancy.

Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Nancy berkata Malaysia menyasarkan dua juta pelancong Thailand melawat negara ini menjelang akhir tahun ini.

Nancy berkata Malaysia mungkin menyemak semula bilangan kedatangan pelancong pada September ini memandangkan jumlah pelancong yang datang ke negara ini adalah menggalakkan pada masa ini.

Malaysia pada mulanya menyasarkan ketibaan dua juta pelancong sejak negara itu membuka semula sempadannya pada 1 April. Jumlah itu meningkat kepada 4.5 juta pelancong bulan lepas dan penyumbang utama ketibaan pelancong ialah dari Singapura diikuti India dan Thailand. 

Sementara itu, presiden TTAA, Charoen Wangananont, dalam ucapan terima kasihnya, menyatakan komitmennya untuk mempromosikan Malaysia khususnya Melaka kepada  rakyat Thailand.

Tourism Malaysia berkata seramai 97 anggota delegasi TTAA, pengusaha pelancongan dan media telah dijemput untuk lawatan suai kenal selama empat hari tiga malam di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Melaka dari 18 hingga 21 Julai.

Lawatan suai kenal itu bertujuan untuk menjadi platform bagi TTAA untuk mewujudkan rangkaian dan hubungan bersama dengan Tourism Malaysia, selain mengumpulkan pengetahuan  tentang kemas kini produk pelancongan di Malaysia untuk disebarkan kepada ahli dan pelanggan TTAA. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan