web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Bakal Jadi Lokasi Program Singgah KL

Masjid tertua di ibu negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur bakal menjadi antara lokasi baharu dalam program lawatan berpandu sehari 'Singgah KL' DBKL dan PAM.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 6:22PM

Masjid tertua di ibu negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dibina pada 1909 - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid tertua di ibu negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur yang dibina pada 1909, bakal menjadi antara lokasi baharu dalam program lawatan berpandu sehari 'Singgah KL' anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata program bermatlamat mempromosi seni bina bandar yang diperkenalkan sejak 2017 itu bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan selain memperkenalkan bangunan ikonik di ibu negara kepada orang ramai.

"Selain lokasi masjid ini yang sangat strategik, kita bukan sahaja mahu membangunkan masjid sebagai syiar Islam tetapi juga berfokus untuk menjadi tarikan pelancong terbuka kepada semua bangsa dan agama.

Jadi, kita hendak memperindahkan lagi masjid itu agar ia dapat membentuk satu struktur yang ikonik dari semua aspek termasuk keindahan, kebersihan sistem pencahayaan dan kualiti penyelenggaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Sultan Abdul Samad, di masjid berkenaan di sini hari ini.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.

Galeri Sultan Abdul Samad dilengkapi dengan kemudahan terkini penyampaian maklumat berkaitan sejarah penubuhan, perkembangan dan peranan masjid serta menyediakan informasi dakwah kepada pengunjung terutamanya pelancong bukan Islam dari dalam dan luar negara.

Mahadi berkata Galeri Sultan Abdul Samad siap dibina sepenuhnya pada 2019 oleh DBKL dengan menggunakan pembiayaan yang diperoleh daripada kerajaan pusat, melalui program Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA).

"Program NKEA merupakan satu projek konservasi yang turut melibatkan projek menaik taraf bangunan masjid, menambah pencahayaan bangunan, dan juga pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Saya percaya, galeri ini akan menjadi nilai tambah kepada sektor pelancongan ibu negara dikuatkan lagi dengan sempurnanya projek ‘River of Life’ (RoL) di kawasan persekitaran masjid," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan