web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Thailand Perkenal Penerbangan Ke Guangzhou, Hong Kong

AirAsia Thailand akan memulakan penerbangan mingguan Bangkok-Hong Kong mulai 7 Ogos sebelum menambah kekerapan kepada dua kali dan tiga kali seminggu pada September dan Oktober tahun ini.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:47PM

Membawa pelancong dari China dan Hong Kong ke Thailand boleh membantu merangsangkan pertumbuhan ekonomi pasca-pandemik - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AirAsia Thailand akan melancarkan penerbangan terus ke Guangzhou, China dan Hong Kong dengan mematuhi semua dasar perjalanan, dalam usaha untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi Thailand pasca-COVID-19.

Dalam kenyataan pada Jumaat, AirAsia Thailand menjelaskan pihaknya akan memulakan penerbangan mingguan Bangkok-Hong Kong mulai 7 Ogos sebelum menambah kekerapan kepada dua kali dan tiga kali seminggu pada September dan Oktober tahun ini.

Ia menambah, penerbangan pergi-balik rintis antara Bangkok dan Guangzhou juga akan dilancarkan pada 13 Julai ini.

"Penerbangan ini dijalankan bagi menunjukkan kesediaan syarikat untuk menyediakan perkhidmatan di laluan ke dan dari China apabila kerajaan republik itu mengumumkan pembukaan semula rasmi negara itu.

"Matlamat awal syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia ini adalah membawa pelancong dari China dan Hong Kong ke Thailand untuk membantu merangsangkan pertumbuhan ekonomi pasca-pandemik," jelasnya.

AirAsia Thailand menambah, penekanan akan diberikan kepada rangkaian domestik yang luas yang menawarkan kesambungan ke semua wilayah Thailand untuk menarik pelancong tinggal lebih lama dan kemampuan berbelanja yang tinggi.

Ia juga yakin sekatan perjalanan asing ke China akan dilonggarkan lagi justeru, AirAsia Thailand akan bersedia untuk kembali menawarkan perkhidmatan penuh antara kedua-dua negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

3

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

4

TARA 2 tahun yang lalu

Bangkok Juga Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN