web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelancong Teruja Tengok Polis Ronda Pakai Seragam Dulu-Dulu

Difahamkan anggota polis yang menjalankan rondaan itu, memakai pakai seragam polis yang pernah digunakan sejak awal penubuhan pasukan keselamatan itu hingga tahun 1948.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:45AM

Gambar: Ariff Sarbri, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelibat beberapa anggota polis menjalankan rondaan memakai pakaian seragam yang pernah digunakan satu ketika dahulu, telah menarik perhatian pelancong di kawasan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai, iaitu di Lebuh Armenian dan Lebuh Pantai, di sini hari ini.

Pelancong yang berada di kawasan itu bukan sahaja teruja melihat pasukan polis dengan pakaian seragam lama itu, malah ada yang cuba mendekati pihak polis tersebut dan meminta untuk bergambar sebagai kenangan mereka.

Difahamkan anggota polis yang menjalankan rondaan itu, memakai pakai seragam polis yang pernah digunakan sejak awal penubuhan pasukan keselamatan itu hingga tahun 1948.

Seorang pelancong Rashidah Mohamed, 58, dari Johor Bahru berkata beliau terkejut dan teruja, dengan kehadiran pasukan polis berpakaian seragam lama di Lebuh Armenian hari ini, kerana itu pertama kali beliau dapat melihatnya.

“Tiba-tiba nampak polis, eh betul ke polis tu, kenapa cantik sangat pakaian mereka dan lain, saya memang teruja sangat-sangat bila nampak anggota polis dengan pakaian seragam lama di sini, kebetulan masa itu saya tengah ambil gambar di kawasan Lebuh Armenian, yang memang menjadi tumpuan pelancong di sini.

“Saya terus ambil gambar anggota-anggota polis yang buat rondaan itu, dan mendekati mereka untuk bergambar sebagai kenangan, polis-polis tersebut sangat baik layan pelancong di sini. Kami turut mengucapkan selamat bertugas dan Selamat Hari Polis ke-215 kepada mereka,” katanya yang datang bercuti di Pulau Pinang bersama keluarga.

Seorang lagi pelancong Zulkiflee Yusof, 52, dari Melaka pula berkata pendekatan polis Pulau Pinang dengan memperkenalkan pakaian seragam lama pasukan di khalayak ramai harus dipuji, kerana ia secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai, terutama generasi muda sekarang ini.

“Boleh katakan semua pelancong yang berada di kawasan Lebuh Armenian berhenti menjalankan aktiviti, terutama mereka yang sedang bergambar kerana masing-masing mahu melihat anggota polis yang berpakaian seragam lama tersebut.

“Pakaian seragam mereka menarik dan saya sendiri teruja melihatnya, bagus pendekatan ini, ini dapat bantu generasi muda kenal pakaian polis dulu-dulu, ia sangat memberi manfaat kepada orang ramai.

“Mungkin pendekatan rondaan polis dengan pakaian seragam lama dapat dibuat lebih kerap, paling tidak pun sebulan sekali atau setiap setahun ketika sambutan Hari Polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi Bernama berkata anggotanya membuat rondaan memakai pakaian seragam lama polis semenjak 1807 itu, dibuat sempena sambutan Hari Polis ke-215 yang disambut pada hari Jumaat lalu.

Katanya rondaan yang dijalankan bersama Unit Polis Pelancong itu dibuat hari ini dan esok, di beberapa kawasan tumpuan pengunjung antaranya Lebuh Armenian dan Lebuh Pantai, antara lain bagi memberikan nostalgia kepada orang ramai.

“Selain itu, rondaan oleh anggota polis dengan pakaian seragam lama tersebut juga dapat memperkenalkan uniform, yang pernah dipakai oleh pasukan keselamatan kita dari dulu hingga sekarang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN