web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sertai GoPro Untuk ‘Bermimpi’ Buat Malaysia!

‘Dream Malaysia Challenge’ – GoPro dan Tourism Malaysia meraikan citra gaya hidup dan kembara tempatan.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Tourism Malaysia berganding bahu bersama GoPro mempersembahkan satu cabaran media sosial kepada semua pengembara tempatan untuk mengabadikan momen kembara mereka di Malaysia. 

Dengan tema Dream Malaysia Challenge, cabaran ini memerlukan peserta mencipta dan menghantar video mereka dengan mengetengahkan tarikan dan pemandangan menakjubkan yang pernah atau sedang mereka lawati.

Hadiah utama berupa GoPro HERO9 Black, GoPro MAX dan GoPro HERO8 serta penginapan eksklusif di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Tadom Hill.

Kerjasama dengan GoPro ini tiba tepat pada masanya, ketika rakyat Malaysia sedang dalam semangat merancang perjalanan dan percutian mereka, sekali gus dapat merangsang ekonomi pelancongan domestik. 

Ini adalah salah satu cara untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak perlu pergi bercuti jauh-jauh di luar negara, sedangkan negara kita juga mempunyai aneka destinasi pelancongan yang mendunia.

Tourism Malaysia sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama kamera aksi terkemuka dunia ini bagi melihat apa yang dapat diabadikan oleh lensa rakyat Malaysia di seluruh pelosok negara kita yang unik dan beragam-ragam.

Pegawai pemasaran GoPro Asia Tenggara, Sangeet Singh berkata, “Kita tidak boleh menidakkan kepentingan pelancongan domestik.”

“Oleh itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia yang telah lama membina dan mempromosikan keindahan destinasi dan budaya Malaysia, dalam masa sama menyokong perniagaan tempatan.”

“Kami mahu melihat sejauh mana idea kreatif para peserta dengan penghasilan video-video mereka untuk cabaran Dream Malaysia Challenge ini,” ujarnya.

BAGAIMANA MENYERTAI DREAM MALAYSIA CHALLENGE?

Dream Malaysia Challenge membenarkan penghasilan video dalam semua jenis peranti. Rakaman video boleh dilakukan sama ada menggunakan kamera GoPro, telefon pintar atau DSLR. Namun peserta wajib menyunting video hasil rakaman mereka itu tadi melalui GoPro App yang tersedia untuk peranti iOS dan Android. Kemudian, peserta boleh menghantar video mereka (durasi 30-45 saat) di laman sesawang GoPro Awards.

Sebagai tambahan, peserta-peserta juga dikehendaki memuat naik video mereka di laman Facebook dan Instagram masing-masing berserta kapsyen menarik dengan tanda pagar #DreamMalaysia dan #GoProxTourismMalaysia serta tag akaun facebook dan Instagram GoPro Malaysia dan Tourism Malaysia. Jika peserta ingin menambah lagu latar pada video mereka, hanya muzik dari aplikasi GoPro App dibenarkan. 

Layari GoPro X Tourism Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 18 Mac 2021

Semua gambar: GOPRO MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi