web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penginapan Premium Dan Bergaya Di Iskandar Puteri

ibis Style Johor Iskandar Puteri mempunyai 152 bilik tetamu yang dihias indah dengan penceritaan kisah tersendiri di seluruh hotel.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 4:55PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan penginapan seandainya mahu bercuti ke Johor Bahru. Rangkaian hotel antarabangsa, Accor dengan bangganya membuka pintu kepada orang ramai untuk bermalam di hotel ekonomi premium terbaharu mereka, ibis Style Johor Iskandar Puteri.

Dibuka pada awal Februari lalu, ibis Styles Johor Iskandar Puteri mempunyai 152 bilik tetamu yang dihias indah dengan penceritaan kisah tersendiri di seluruh hotel.

Hotel ini mempamerkan rekaan dalaman yang diinspirasikan daripada sejarah penanaman dan pengeluaran koko di Johor, di mana Guan Chong Bhd merupakan pusat pemprosesan koko terbesar di Asia.

Pemilik syarikat ini secara kebetulan telah bekerjasama dengan Accor untuk mempersembahkan rekaan unik ini buat tetamu.

Terletak strategik di kawasan hab pentadbiran dan komersial baharu Johor di Iskandar Puteri, ibis Styles Johor Iskandar juga berada tidak jauh dari Legoland Malaysia. Pemanduan ke taman tema popular ini hanya mengambil masa kira-kira 10 minit, sementara pemanduan ke negara jiran, Singapura melalui Second-Link hanya 20 minit.  

Selain itu, hotel ini mempunyai akses terus ke lebuh raya utama dan sambungan ini menawarkan akses mudah ke beberapa tarikan lain seperti Johor Premium Outlets di Senai, EduCity, Putri Harbour, Sunway Iskandar, Bukit Indah dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Kami teruja untuk memperkenalkan ibis Styles Johor Iskandar Puteri, sebuah hotel mampu milik yang mempunyai rekaan hebat untuk dinikmati setiap tetamu.

Setiap sudut mempamerkan dekorasi moden dan indah.
Setiap sudut mempamerkan dekorasi moden dan indah.

Pembukaan hotel ini adalah tambahan yang bagus untuk menyokong infrastruktur pelancongan bandaraya Johor Bahru. Malah, memeriahkan industri pelancongan.

"ibis Styles Johor Iskandar Puteri menyertai rangkaian ibis Styles global yang kini terdiri daripada 560 buah di lebih 45 buah negara,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Accor Asia Tenggara, Jepun dan Korea Selatan, Garth Simmons.

ibis Styles Johor Iskandar Puteri menawarkan layanan bergaya ke kawasan Iskandar Puteri. Bilik-biliknya luas, cerah dan berwarna-warni, dihias bergaya dengan ciri khas ibis Styles Sweet Bed™ oleh ibis Styles untuk tidur yang lebih lena. 

Bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan demi keselesaan pengunjung.
Bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan demi keselesaan pengunjung.

Setiap bilik dilengkapi dengan TV LED 43inci, Wi-Fi, peti sejuk mini, peti keselamatan, seterika dan papan seterika, soket penyesuai universal dengan penyambung USB serta kemudahan praktikal lain demi keselesaan tetamu.

Jika anda bercuti bersama keluarga, boleh menginap di bilik bersambung (connecting room) dan family room yang bergaya. Bilik ini mempunyai katil dua tingkat, sesuai untuk anak kecil yang bermalam bersama.

Sesuai untuk percutian keluarga.
Sesuai untuk percutian keluarga.

Bagaimana pula dengan pilihan untuk menjamu selera? Jangan bimbang, segalanya ada di sini. Anda boleh singgah di sTREATs, restoran all-day dining ini menyediakan menu ala carte cita rasa Barat dan Asia untuk makan tengah hari dan makan malam. Manakala sarapan pagi tersedia secara bufet yang menggabungkan semua elemen makanan sarapan tempatan dan kontinental. 

FIX Café & Deli Bar
FIX Café & Deli Bar

FIX Café & Deli Bar berada di lobi  hotel pula merupakan tempat yang sesuai untuk berkumpul dengan rakan-rakan, keluarga atau hanya berehat selepas seharian menghabiskan masa di luar hotel. Nikmati pelbagai pilihan minuman serta snek ringan. 

Selain itu, hotel ini juga menawarkan empat bilik acara yang moden dan serba lengkap untuk menampung tetamu perniagaan yang ingin mengadakan sebarang acara atau mesyuarat.

Sempena dengan pembukaannya, ibis Styles Johor Iskandar Puteri menawarkan tawaran istimewa di mana anda boleh menempah bilik pada harga bermula RM158+ semalam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.

Sejajar dengan komitmen kumpulan Accors yang mahu mengurangkan kesan alam sekitar dan memperkukuh usaha untuk memerangi pencemaran plastik, ibis Styles Johor Iskandar Puteri turut menghapuskan penggunaan plastik sekali pakai di segenap ruang hotel. Semua plastik yang digunakan merupakan plastik terbiodegradasi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila emailkan ke [email protected] atau layari https://all.accor.com/A0K9. - Getaran, 17 Februari 2022


Gambar: ibis Style Johor Iskandar Puteri

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden