web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teka Lokasi Pilihan Pertama Rakyat Malaysia Sempena Tahun Baharu Cina!

Bukan Ipoh atau Melaka, Agoda dedahkan destinasi pilihan pertama di Malaysia sempena sambutan Tahun Harimau.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 11:52AM

Gambar: Van Ambruce Ligutom, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bandar-bandar besar utama dunia sudah pun mula ‘pulih’ dan dibanjiri pelancong dari seluruh dunia, lapor platform percutian digital, Agoda.

Benua Asia sahaja, data menunjukkan bandar-bandar metropolitan seperti  Shanghai (China), Tokyo (Jepun) dan Bangkok (Thailand) terbit sebagai destinasi pilihan utama pelancong.

Sementara, pelancongan berunsurkan alam semulajadi seperti Bali (Indonesia), Pulau Jeju (Korea Selatan) dan Phu Quoc Island (Vietnam) kekal di tangga pertama di negara masing-masing.

Namun, akibat banyak negara yang masih belum membuka sempadan sepenuhnya, Agoda turut merekodkan data pelancongan domestik.

Destinasi-destinasi baharu yang semakin terkenal dalam kalangan pelancong domestik negara mereka seperti Berastagi (Indonesia), Hongcheon-Gun (Korea Selatan) dan Nantou (Taiwan).

Pelancong-pelancong dari China, Vietnam dan negara kita, Malaysia masih mengekalkan pilihan mereka untuk melancong di hotel-hotel bertaraf empat atau lima bintang. 

Pelancong Jepun dan Taiwan pula cenderung memilih pelancongan bajet dengan menjadikan hotel-hotel bertaraf tiga bintang sebagai pilihan utama penginapan mereka.

Sementara pelancong Indonesia pada tahun ini berubah daripada memilih hotel-hotel empat ke lima bintang kepada hotel tiga bintang dan ke bawah.

Baiklah, cukup tentang data-data pelancongan luar negara, mari kita fokus pula kepada data destinasi pilihan rakyat Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini!

Gambar: Nafis Abman, Pexels
Gambar: Nafis Abman, Pexels

Data yang dikumpulkan oleh Agoda menunjukkan Kuala Lumpur mengambil tempat George Town (Pulau Pinang) pada tahun ini selaku destinasi pilihan pertama.

George Town jatuh ke tempat kedua, manakala Melaka dan Ipoh (Perak) berada di tempat ketiga dan keempat.

Menariknya, Langkawi (Kedah) turut tersenarai pada tahun ini sempena destinasi Tahun Baharu Cina di tempat kelima, mendahului Port Dickson (Negeri Sembilan) yang berada di tempat keenam.

Seterusnya, Kota Kinabalu (Sabah) dan Johor Bahru (Johor), masuk semula dalam carta pada tahun ini dengan masing-masing menduduki tempat ketujuh dan kelapan.

Layari Agoda Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden