web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hargai Warisan Budaya Sambil Menjamu Selera di Red House

Sempena ulang tahun ke-40, Marrybrown bekerjasama dengan artis mural tempatan, Sam Lim bagi berkongsi kegembiraan dengan pengunjung restoran makanan segera halal ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 2:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai tanda meraikan warisan dan budaya, restoran makanan segera halal Marrybrown tampil dengan pembukaan cawangan terbaharu di lokasi kebudayaan terkenal di Malaysia iaitu di bangunan bersejarah ‘Red House’ di Jalan Tan Hiok Nee. 

‘Red House’ adalah ‘spot’ penggambaran yang mempamerkan keindahan bangunan bersejarah paling digemari oleh pelancong yang datang ke bandar lama Johor Bahru.

Cawangan terbesar Marrybrown ini tampil unik dengan mempersembahkan keindahan lukisan mural berwarna-warni sempena sambutan ulang tahun mereka yang ke-40.

Marrybrown telah bekerjasama dengan artis mural tempatan, Sam Lim yang mengetengahkan elemen sejarah dalam lukisannya, di mana ia berkongsi kegembiraan dengan pengunjung Marrybrown.

Sam Lim (kiri) berjaya menzahirkan mural menarik untuk tatapan pengunjung.
Sam Lim (kiri) berjaya menzahirkan mural menarik untuk tatapan pengunjung.

Sempena ulang tahun Marrybrown ke-40, mural ini berilustrasikan sebuah kereta api yang membawa hidangan enak Marrybrown kepada rakyat Malaysia di seluruh negara dan antarabangsa dengan memperkenalkan sajian tempatan ke seluruh dunia.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan beliau dalam penghasilan mural yang berjaya menghidupkan suasana baharu bagi ‘Red House’.

"Ciptaan ini melambangkan perjalanan kami selama 40 tahun, dari permulaan yang sederhana sebagai jenama Malaysia di Johor Bahru kepada rangkaian restoran dalam memperkenalkan makanan tempatan ke seluruh dunia.

"Kami menghargai sokongan penggemar kami demi menegakkan misi dan objektif untuk membawa hidangan inovatif dan perkhidmatan terbaik khas buat rakyat Malaysia,” ujar Pengasas dan Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew.

Tambah Nancy Liew lagi, Jalan Tan Hiok Nee adalah destinasi tumpuan pelancong yang masih lagi mengekalkan nilai-nilai sejarah seiring dengan proses transformasi pembangunan di bandaraya itu. Dengan gabungan kedai-kedai baharu dan tradisional, keindahan seni bina ini dapat mengimbau kembali fungsi sesebuah bangunan dari dahulu sehingga sekarang.

“Kami sangat teruja apabila diberi peluang untuk membuka cawangan Marrybrown di Jalan Tan Hiok Nee. Ini merupakan satu pencapaian dan penghargaan yang sangat istimewa.

"Mengimbau kembali permulaan kami di Johor Bahru 40 tahun lalu, bandar inilah yang memberi peluang kepada kami yang kini berkembang maju sebagai francais restoran makanan segera.

“Pembukaan cawangan terbaharu ini merupakan peluang yang sangat bermakna buat kami kerana ia ternyata menggamit memori. Sokongan berterusan dari dulu sehingga kini menjadi pendorong kuat untuk kami terus kekal maju dalam menyediakan makanan dan perkhidmatan terbaik kepada penggemar Marrybrown,” ulas Nancy.

Ditubuhkan pada 1981 dengan pembukaan kedai kecil di Johor Bahru, Marrybrown telah mengukir nama sebagai rangkaian restoran makanan segera halal tempatan terbesar di Malaysia. 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih 500 restoran di 16 negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, anda boleh ikuti akaun media sosial mereka di  Facebook MarrybrownMalaysia, Instagram Marrybrownmy dan YouTube MarrybrownTV .

Untuk membuat pesanan, anda boleh ke https://marrybrown.com/mb-delivery/. - Getaran, 3 Februari 2022.

Gambar: Marrybrown

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 4 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 2 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN