web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Pasport Paling Berkuasa 2022, Negara Arab Ini Panjat Tangga Pertama! 

Tak sangka, negara teluk ini berjaya mengalahkan negara-negara Eropah sebagai yang pertama di dalam carta!

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 12:50PM

Gambar: Malik Shibly, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah suatu ketika, mereka yang memiliki pasport United Kingdom dianggap sebagai pemegang pasport paling ‘berkuasa’ untuk menjelajahi dunia. Namun, sejak wabak COVID-19 bermula, tampaknya ‘kekuasaan’ pasport beralih pula kepada negara lain. 

Pada 2021, The Henley Passport Index menyenaraikan Jepun dan Singapura berkongsi tempat pertama dengan akses kepada 192 negara tanpa visa. United Kingdom dan Amerika Syarikat, masing-masing seri di tempat ketujuh dengan akses kepada 185 negara.

Menurut Global Passport Power Rank 2022, sebuah negara kecil namun kaya-raya di Timur Tengah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya menduduki tangga pertama dalam carta dengan akses kepada 159 negara di seluruh dunia.

UAE berjaya mengatasi negara-negara maju di Eropah seperti Jerman, Finland dan Itali (151 negara), masing-masing di kedudukan kedua carta. Sweden dan Denmark di tangga ketiga (150 negara) manakala Belanda, Belgium dan Portugal (159 negara) berkongsi tangga keempat.

Gambar: Gustavo Fring, Pexels
Gambar: Gustavo Fring, Pexels

Perancis di tangga kelima (148 negara) dan Greece di tangga keenam (147 negara). Sementara itu, Estonia, Lithuania dan Latvia di tangga ketujuh dengan akses kepada 146 negara dengan 106 daripadanya tanpa visa.

Satu lagi negara kecil di Eropah, Liechtenstein menduduki tangga kelapan dengan akses kepada 145 negara (103 negara tanpa visa). Menurut carta ini, kedudukan Singapura jatuh menjunam pada 2022 di tangga kesembilan dengan akses kepada 144 negara (111 negara tanpa visa).

Akhir sekali di tangga ke 10, Cyprus dengan akses kepada 143 negara dengan 106 daripadanya tanpa visa. Kedudukan negara kita, Malaysia pula berada di tangga ke 15 dengan akses kepada 133 negara, 93 daripadanya tanpa visa, 40 visa sebaik tiba dan 65 perlu visa.

Senarai ini mungkin berubah atas faktor ekonomi, pandemik dan politik semasa sesebuah negara sepanjang tahun 2022 berlangsung. - Getaran, 6 Januari 2022

 Gambar: Anna Shvets, Pexels
Gambar: Anna Shvets, Pexels

Sumber: Global Passport Power Rank 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 6 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 4 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN