web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Cabar Adrenalina Di Escape Petaling Jaya!

Sertai Obstacle Warrior 2021 National Championship sehingga 19 Disember ini.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:46AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Warga Malaysia dari seluruh negara dijemput untuk menguji kekuatan mereka di Obstacle Warrior 2021 National Championship (OW2021NC) yang berlangsung di Escape Petaling Jaya. 

Kejuaraan lasak ini menguji kekuatan dan kelincahan fizikal yang mana peserta bakal melalui pelbagai permainan rintangan.

Tambahan pula, peserta diberikan tempoh masa yang singkat untuk menamatkan pusingan cabaran mereka. 

Peserta disarankan menggunakan bukan sahaja kekuatan fizikal, malah kekuatan mental mereka untuk menamatkan pusingan yang disediakan dalam masa sesingkat yang mungkin. 

Direka dan dibangunkan mengikut pelan permainan rintangan lasak bertaraf antarabangsa, Escape Petaling Jaya menawarkan 18 halangan berbeza dalam pelbagai tahap kesukaran.

Menariknya, kejuaraan ini dijalankan selama tiga minggu buat pertama kalinya di dalam pasar raya di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Ia turut dibuka untuk tontonan umum dan pengunjung pasar raya sepanjang tiga minggu berturut-turut kejuaraan ini berlangsung sehingga peringkat akhir pada 19 Disember 2021.

Dimiliki dan diuruskan oleh World Sports Entertainment Sdn Bhd, pusingan akhir tersebut bakal menyaksikan 20 peserta akhir berentap merebut gelaran juara OW2021NC.

Kejuaraan ini terbuka untuk disertai oleh semua rakyat Malaysia dan dibahagikan kepada tiga kategori seperti lelaki, wanita dan belia (bawah 17 tahun) dengan kongsian hadiah wang bernilai RM5,000.

Sehubungan dengan COVID-19, semua peserta diminta untuk tiba 90 minit sebelum acara bermula dan mematuhi semua peraturan dan SOP yang telah ditetapkan. 

Layari laman sesawang Obstacle Warrior untuk maklumat lanjut. - Getaran, 9 Disember 2021 

Gambar: Obstacle Warrior

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN