Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ini Masa ‘Tur-baik’ Untuk Bercuti Ke Turki

Jadi ke mana agaknya kembara anda pada penghujung tahun ini? Setelah sekian lama terkurung di rumah, pasti ramai yang sudah mula merencana perjalanan. Ada yang mahu ke Turki?

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 2:13PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki di Turki, sesekali kerinduan pasti menggamit untuk kembali. Terletak di kawasan Mediterranean dan menghubungkan benua Asia dan Eropah, Turki adalah sebuah destinasi dan hab interaksi kebudayaan. 

Di samping iklim yang ideal, Turki juga memberi inspirasi kepada pengembara dengan kekayaan sejarah, alam semula jadi dan pengalaman gastronomi yang bukan kepalang.

Semua ini adalah cerminan kepelbagaian tamadun yang dilalui oleh Turki sejak berabad lamanya. 

Tidak cukup dengan itu, negara yang terkenal dengan Masjid Hagia Sophia (Aya Sophia) ini juga menawarkan pengalaman membeli-belah dan hiburan yang menarik minat pengembara dari seluruh dunia. 

Jadi ke mana agaknya kembara anda pada penghujung tahun ini? Setelah sekian lama terkurung di rumah, pasti ramai yang sudah mula merencana perjalanan.

Benar, virus COVID-19 masih mengganas, tetapi selagi anda berhati-hati dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), risiko jangkitan dapat dikurangkan. 

Bagi yang mengimpikan pengembaraan ke luar negara, tahukah anda bahawa anda sudah boleh menjejak negara itu melalui satu pengalaman perjalanan yang lebih mudah?

Di Turki, lokasi di mana bertemunya rantau-rantau Timur dan Barat, anda pasti akan menemui apa yang diingini selama ini – tidak kiralah sama ada sebuah penjelajahan tapak arkeologi bersejarah ataupun pengalaman menyelam di lautan yang terindah di dunia. 

Istanbul. Gambar Fail
Istanbul. Gambar Fail

 

Dari Cappadocia ke Uzungol

Gambar-gambar pemandangan indah dengan belon-belon udara panas pastinya akan muncul setiap kali anda membuat penyelidikan dalam talian untuk negara ini. 

Mulalah membayangkan diri berada di Cappadocia dengan mengenakan sepasang gaun merah, dilatari pemandangan belon udara yang memukau, cukup sempurna untuk Instagram! 

Gambar: Instagram @serkankaratasphotographer
Gambar: Instagram @serkankaratasphotographer

Cappadocia memang wajib dimasukkan ke dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi untuk aktiviti belon panas, terutamanya semasa matahari terbenam dengan pemandangan struktur batu-batan semula jadi indah yang dikenali sebagai ‘cerobong asap pari-pari’. 

Anda juga boleh berendam di kolam air mata panas Pamukkale. Dari jauh pemandangannya cantik luar biasa, kelihatan bagai ‘istana kapas’.

Bursa
Bursa

Dengan musim sejuk yang semakin hampir, mulai Disember hingga Februari, penggemar aktiviti lasak harus mengunjungi Bursa, sebuah destinasi pergunungan bersalji untuk bermain ski. 

Buat mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, kunjungilah pinggiran pantai Laut Hitam, di mana terletaknya Biara Sumela yang dibina di atas cenuram dan juga Uzungol, dengan pemandangan hutan pokok pain, umpama sebuah perkampungan Eropah yang indah.

Uzungol
Uzungol

Kepada penggemar makanan pula, jika aiskrim adalah satu-satunya hidangan Turki yang pernah anda cuba, maka perjalanan ini amat berbaloi untuk anda.

Nikmatilah cita rasa unik dari setiap wilayah seperti ‘simit’, snek roti rangup yang boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan atau ‘midye dolma’, hidangan kekupang yang disumbat dengan nasi, rempah, bawang dan buah kismis.   

Simit. Gambar Fail
Simit. Gambar Fail

 

Proses kemasukan ke Turki

Visa tidak diperlukan bagi warganegara Malaysia yang ingin memasuki Turki. Anda hanya perlu sediakan pasport dengan tempoh sah enam bulan dari tarikh ketibaan untuk mendapatkan kebenaran lawatan sosial di Turki selama 90 hari. 

Semua warganegara Malaysia, tanpa mengira status vaksinasi dibenarkan melawati negara Turki. Mereka yang telah lengkap vaksinasi dikecualikan daripada ujian saringan COVID-19 Polymerase Chain Reaction (PCR).

Semua vaksin termasuk Sinovac diluluskan untuk tujuan kecemasan oleh Kementerian Kesihatan Republik Turki, bukan seperti negara-negara Eropah yang lain. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Individu yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh enam bulan sebelumnya juga dibenarkan melawat dengan dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Bagaimanapun, mereka yang belum divaksinasi atau separa vaksinasi adalah wajib untuk menyerahkan keputusan ujian PCR yang negatif, sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan mereka di Turki, atau keputusan negatif ujian rapid antigen, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum ketibaan.

Anda juga boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu menjalani kuarantin hotel yang semestinya boleh menjimatkan perbelanjaan sepanjang tempoh percutian ke sana.

Paling penting, Turki telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua warga kerja pelancongan mendapat vaksinasi lengkap agar keselamatan pengembara lebih terjamin.

Program vaksinasi ini melibatkan warga kerja di syarikat penerbangan, lapangan terbang, tempat penginapan, agensi pelancongan dan juga pemandu pelancong profesional. 

Okey, tiket penerbangan sudah pun ditempah dan anda sudah pun bersedia dengan himpunan pakaian untuk digayakan di hadapan kamera. Tetapi, sebelum anda menaiki pesawat ke destinasi percutian idaman, anda perlu mengisi Borang Ketibaan Pelawat (Traveler Entry Form)

Sediakan butiran peribadi termasuk nombor pasport dan nombor penerbangan serta alamat penginapan sepanjang tempoh anda berada di Turki.

Selepas melengkapkan borang, anda akan diberikan satu kod QR HES, seumpama kod MySejahtera, tetapi ia hanya perlu digunakan di sesetengah tempat sahaja seperti muzium dan dewan konsert.

Simpan kod ini untuk diguna pakai ketika mendaftar masuk ke penerbangan anda di KLIA. 

Perlu diingatkan, adalah penting untuk memastikan anda mempunyai perlindungan insurans kesihatan untuk COVID-19 serta bekalan wang tunai yang mencukupi.

Turki juga menawarkan kemudahan Insurans Bantuan Perlindungan Pelancong, satu pakej perlindungan insurans perjalanan khas yang menawarkan perlindungan rawatan perubatan untuk COVID-19.

Kemudahan ini sememangnya akan memberi lebih jaminan kepada pengembara yang tiba di negara tersebut. 

Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mendapat informasi terkini berkenaan peraturan COVID-19 untuk ketibaan di Turki kerana ia mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Amat jelas bahawa perjalanan ‘norma baharu’ sebegini mungkin memerlukan persediaan yang lebih rapi tetapi inilah masanya untuk anda menempah percutian ke Turki.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Goturkiye.com - Getaran, 2 Disember 2021

Gambar: Unsplash, kecuali tertera

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi