web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjejak Tarikan Menawan Terengganu

Penulis memenuhi undangan Terrapuri Heritage Village menikmati beberapa tarikan hebat yang tidak begitu diketahui orang luar tetapi popular dalam kalangan penduduk setempat.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 9:16AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terengganu Darul Iman, negeri yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia ini tidak pernah mengecewakan! Setiap kali penulis berkunjung ke sini, ada sahaja kejutan menanti. Lupakan tentang pulau-pulau indahnya buat seketika kerana Terengganu punya lebih daripada itu. 

Tak kenal, maka tak cinta. Lapangkan dada dan buat penyelidikan sebelum memulakan pengembaraan.

Namun, suka juga penulis ingatkan bahawa ada banyak tarikan ‘tersembunyi’ yang menanti. Tanpa bantuan penduduk tempatan, mungkin maklumat yang diperlukan tidak sampai ke pengetahuan ramai.  

Kunjungan penulis kali ini adalah atas jemputan pihak pengurusan Terrapuri Heritage Village, Kampung Mangkok, Penarik, Terengganu.

Selama 5 hari 4 malam di sini, pihak Terrapuri telah membawa penulis menjejak beberapa tarikan hebat yang tidak begitu dikenali orang luar, tetapi popular dalam kalangan penduduk setempat. Jom semak! 

Setiu Wetlands Savannah, Pengkalan Gelap, Setiu

Jika buat carian di internet, pasti anda akan terpesona dengan foto-foto ‘instaworthy’ yang dikongsi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini. Belum cukup dikenali, tetapi tarikan yang terletak di tepi jalan besar dari Penarik ke Kuala Besut semakin mendapat perhatian. Jadi, jangan terkejut jika orang Setiu sendiri tidak tahu tentang tarikan ini. 

Siapa sangka, hamparan tumbuhan meliar di sini mencipta pemandangan mengasyikkan. Sebab itulah ia dinamakan savannah, ala-ala di Afrika. Cuma kawasannya tidaklah seluas saujana mata memandang. Namun, sudah cukup untuk pengunjung berimaginasi dan merakam foto dan video menarik untuk dijadikan kenangan.  

Penulis merakamkan kenangan di Wetlands Savannah.
Penulis merakamkan kenangan di Wetlands Savannah.

Jika mahu singgah ke sini, datanglah sebelum matahari terpacak di atas kepala. Jika tidak, anda mungkin tidak selesa berjemur di bawah terik mentari. Tiada gazebo atau lain-lain kemudahan awam yang tersedia di sini. 

Selain itu, jangan lupa berpakaian cantik untuk ber ‘OOTD’ di sini. Pakailah persalinan yang terang untuk menyerlah penampilan. Boleh juga bawa aksesori atau ‘props’ untuk menghidupkan suasana. Oh ya! Untuk memandu ke sini, sila navigasi Pengkalan Gelap Setiu. 

Blue Pool, Lata Payong, Setiu

Tiada penyesalan, hanya kepuasan bukan kepalang sebaik sahaja pandangan tertumpu ke 'Blue Pool’ - bintang utama tarikan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Seri Langkap. Airnya yang jernih sehingga terlihat dasarnya membuatkan hati berbunga-bunga riang. Indahnya ciptaan tuhan. 

Tetapi jangan terlalu cepat terjun ke dalam air, lebih-lebih lagi jika anda bukan perenang yang bagus kerana kedalamannya hampir 3 meter. 

Untuk sampai ke ‘syurga dunia’ ini, pendakian mengambil masa kira-kira 45 minit dan laluannya tidaklah terlalu sukar, sesuai untuk amatur. Hanya sesekali perlu menyeberang anak sungai dan sedikit mendaki.

Jika jurupandu arah anda seorang yang berpengalaman, perjalanan menjadi lebih menyeronokkan. Sambil berjalan, banyak ‘ilmu’ alam yang dikongsi, termasuklah tentang tumbuhan-tumbuhan yang ada di sepanjang jalan. Perlu diingatkan, untuk ke Blue Pool ini, ada perlu mengambil khidmat jurupandu arah kerana laluannya mengelirukan. Sudah ada beberapa insiden yang menyebabkan pengunjung tersesat kerana berani meredah hutan dengan sendiri.

*bermula 1 November lalu, Blue Pool ditutup kepada orang ramai sehingga musim tengkujuh berakhir pada 28 Februari 2022.

Pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu

Terletak di Kampung Raja, Besut Terengganu, pemanduan ke pantai ini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Terrapuri Heritage Village. Pantai ini sesuai untuk aktiviti mandi-manda kerana strukturnya yang landai dan berteluk. Malah, ia juga unik kerana mempunyai beberapa gua kecil yang boleh diintai dari jauh atau dijadikan tempat berteduh. 

Terdapat juga kedai-kedai menjual makanan popular seperti rojak, keropok lekor, pisang goreng dan pelbagai jenis makanan segera. Jika anda tidak gemar mandi laut, bolehlah bersiar-siar di jambatan kayu yang dibangunkan berhampiran pantai.

Percayalah, anda pasti terpesona dengan keindahan pemandangan Laut China Selatan yang terbentang luas depan mata. Desiran angin laut tambah mengasyikkan, membuatkan hati lebih terbuai, tenang dan mendamaikan.

Bagi pencinta alam tegar, jangan lepaskan peluang untuk mengintai keindahan pesisiran pantai ini dari puncak Bukit Keluang. Terdapat dua trek pendakian yang boleh dipilih iaitu yang mengambil masa satu jam dan trek yang lebih santai, kira-kira 20 minit.

Sukar untuk mengungkapkan perasaan sebaik sahaja pendakian berakhir. Cantik! Sangat cantik! Lebih mengujakan jika anda mendaki pada awal pagi atau lewat petang untuk mengejar matahari terbit dan terbenam. Percayalah, anda pasti berharap agar saat-saat itu pegun seketika.

Perlu diingatkan, pengunjung perlu mematuhi SOP yang ditetapkan jika ingin mendaki di sini. Salah satunya, pengunjung dinasihatkan supaya tidak berada di puncak bukit terlalu lama  untuk bergambar bagi memberi peluang kepada pendaki lain pula merakam memori. Selain itu, janganlah membuang sampah merata-rata.

Masjid Lapan Kubah

Alang-alang sudah sampai di daerah Besut, jangan lupa singgah di Masjid Lapan Kubah atau nama jolokannya, Masjid Rusia gara-gara seni binanya yang seakan-akan St. Basil Cathedral di Moscow, Rusia.

Terletak di di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, masjid yang menelan belanja RM4 juta ini sentiasa menggamit kunjungan pelancong. 

Bagi membolehkan pengunjung melihat dengan lebih jelas setiap kubah yang dibina, sebuah platform tinggi turut dibina di hadapan masjid ini.

Salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia dibina sepenuhnya menggunakan tenaga kerja dan arkitek tempatan. Ia boleh memuatkan 500 jemaah dalam satu masa. - Getaran, 4 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN