web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JWN Jalankan Ekskavasi Di Gua Semadong, Selamat Tengkorak Purba Di Bukit Keteri

Eksplorasi di Gua Semadong telah menemukan lukisan gua zaman proto sejarah yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha dianggarkan sekitar abad kelima hingga 10 masihi.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 1:56PM

Gambar: Facebook Jabatan Warisan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menjalankan ekskavasi dan dokumentasi lukisan purba di Gua Semadong serta kerja-kerja penyelamatan tengkorak manusia yang ditemukan di Bukit Keteri, dekat sini.

Pesuruhjaya Warisan Mohd Azmi Mohd Yusof berkata ia susulan satu eksplorasi arkeologi dijalankan oleh JWN bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Persatuan Mendaki Negeri Perlis di kawasan berkenaan pada Julai tahun lepas.

"Eksplorasi ini bertujuan untuk menjalankan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini tapak, di samping mengeksplorasi dengan lebih lanjut sebarang kemungkinan jumpaan artifak yang masih belum diteroka oleh penyelidik terdahulu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pengarah JWN berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Asmaiza Ahmad di kawasan penemuan tengkorak dan lukisan purba di Gua Semadong dan Bukit Keteri dekat sini, hari ini.

Katanya, eksplorasi di Gua Semadong telah menemukan lukisan gua zaman proto sejarah yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha dianggarkan sekitar abad kelima hingga 10 masihi.

"Berdasarkan kajian lepas yang dibuat di sekitar gua di Perlis, serpihan rangka dan tengkorak yang dijumpai di Bukit Keteri pula boleh dianggarkan (berusia) sekitar 5,000 hingga 10,000 tahun lepas.

"Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul dipercayai digunakan sebagai tapak penempatan dan pengebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan jumpaan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah," katanya.

Mohd Azmi berkata kawasan itu bukan sahaja dipercayai didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni masyarakat zaman proto sejarah yang mana artifak seperti 'kalam semah' (votive tablet) turut ditemukan di kawasan itu.

"Data arkeologi ini dapat menyokong dan menambah lagi data dibina sebelum ini, yang pada suatu ketika dahulu Perlis adalah laluan perdagangan dan jalan utama digunakan oleh masyarakat prasejarah, kemudiannya berevolusi dan berkembang daripada sudut sosio-budaya, ekonomi, sains dan teknologi ketika zaman proto sejarah," katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar orang ramai mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005) (Akta 645) dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah kepada Pegawai Daerah atau Pesuruhjaya Warisan seperti yang termaktub dalam Seksyen 47 AWK 2005. - Bernama

Semua gambar: Bernama, kecuali tertera

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia