web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eastin Hotel Kuala Lumpur Sedia Untuk Kunjungan

Hotel bertaraf lima bintang ini terbuka untuk semua pengunjung yang sudah lengkap vaksinasi.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 4:32PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersih dan selamat, Eastin Hotel sedia menerima kunjungan pelawat tanpa mengira untuk tujuan staycation mahupun trip perniagaan - Eastin Hotel Kuala Lumpur berlapang dada menerima semua rakyat Malaysia yang sudah melengkapi dua dos vaksinasi mereka.

Hotel bertaraf lima bintang yang terletak di Phileo Damansara ini sememangnya terkenal dengan kualiti perkhidmatannya yang sempurna. Perhatian terperinci diberikan sepenuhnya bagi menjamin keselesaan tetamu.

Sempurna untuk suasana tidur mewah dengan katil dan bantal yang empuk dan selesa, sebanyak 388 buah bilik dan suite dibina dengan jendela-jendela besar dan siling yang tinggi, direka khas bagi memberi ruang yang lebih besar dan menenangkan. Jangan lupa berenang di kolam renang! 

Tidak berhenti di situ, Eastin Hotel Kuala Lumpur turut menawarkan restoran yang menghidangkan sajian bertaraf antarabangsa seperti masakan Cina, masakan Eyuzu Jepun dan Swez Brasserie. Aneka pilihan hidangan menyantun budaya makanan hidangan-hidangan eksentrik tersebut.

Masakan-masakan ini hanya menggunakan rempah-ratus dan bahan-bahan segar setiap hari. Selangkah ke restoran yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini, anda pasti berpuas hati dengan pengalaman santapan kelas atasan yang bakal dirasai.

Paling istimewa, rasai seperti berada di ruang langit tinggi di Pillarless Grand Ballroom. Dengan siling yang elegan, ruang dewan utama mewah ini menyediakan pakej yang menarik untuk tempahan majlis. Bilik-bilik mesyuarat juga boleh ditempah secara terus dengan pihak pengurusan hotel. 

Akhir sekali, perjalanan ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya menjadi lebih mudah kerana lokasi strategik hotel ini yang terletak berhampiran Stesen MRT Phileo Damansara. Lawati dan rasai sendiri pengalaman bermalam di Eastin Hotel Kuala Lumpur. 

Layari Eastin Hotel Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut. - Getaran, 7 Oktober 2021

Semua gambar: Eastin Hotel

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN