web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Carian Ke Atas Airbnb Langkawi Melonjak

Langkawi adalah destinasi ketiga yang paling banyak dicari melalui Airbnb, di belakang Subang Jaya dan Kuala Lumpur.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 11:57AM

Langkawi Sky Bridge. Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencarian untuk Airbnb Langkawi melonjak lebih daripada 13 kali ganda dari bulan ke bulan antara 13 hingga 19 September, berikutan pelancaran gelembung pelancongan Langkawi yang bermula dari 16 September lepas.

Airbnb dalam satu kenyataan hari ini memberitahu dalam tempoh yang sama, carian untuk penginapan Airbnb di Port Dickson meningkat lebih daripada 360 peratus dari bulan ke bulan, manakala carian penginapan di Melaka naik 270 peratus dari bulan ke bulan.

Langkawi adalah destinasi ketiga yang paling banyak dicari melalui Airbnb, di belakang Subang Jaya dan Kuala Lumpur, katanya.

Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi. Gambar Hiasan
Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi. Gambar Hiasan

Airbnb menambah penamatan sekatan yang panjang selama ini telah mendorong rakyat Malaysia untuk merancang perjalanan dengan orang yang mereka sayangi serta memilih percutian dalam negeri bagi sekitar satu minggu atau lebih lama untuk mengisi kembali agenda mereka selepas ‘terpenjara’ di dalam rumah pada sepanjang tahun lepas.

"Penginapan Airbnb yang lebih besar juga menyaksikan peningkatan populariti, kerana pencarian ke atas vila menokok hampir 2.5 kali pada minggu 13 September, mula bertambah sejak enam bulan sebelum ini," katanya.

Pengurus Besar untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata data Airbnb mendedahkan sentimen perjalanan yang kukuh serta positif di tengah-tengah pelonggaran sekatan pergerakan.

"Airbnb komited untuk menyokong strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi merangsang industri pelancongan selain daripada membantu memacu perjalanan yang selamat dan bermakna apabila kita secara kolektif membuka laluan untuk pemulihan pelancongan Malaysia dengan cara yang menguntungkan masyarakat setempat,” katanya.

Sejajar dengan strategi RMK12 untuk memperbaharui industri dan meningkatkan pelancongan domestik, Airbnb juga telah melancarkan kempen ‘#RaikanMalaysia’ baru-baru ini,  yang bertujuan bagi memacu pemulihan pelancongan Malaysia pada separuh kedua tahun ini dan seterusnya. - Bernama

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 10 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

4

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

5

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

6

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN