web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Via Ferrata' Di Pulau Lang Tengah Tarikan Baharu Peminat Sukan Ekstrem

Via ferrata bermaksud 'laluan besi' dalam bahasa Itali, iaitu satu trek khas di permukaan bukit, gunung atau gua menggunakan alat keselamatan lengkap untuk pendaki tiba ke puncak dengan lebih mudah.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Trek mendaki lereng bukit atau via ferrata di Pulau Lang Tengah di sini menjadi tarikan terbaharu untuk peminat sukan ekstrem kerana ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan.

Via ferrata bermaksud 'laluan besi' dalam bahasa Itali, iaitu satu trek khas di permukaan bukit, gunung atau gua menggunakan alat keselamatan lengkap untuk pendaki tiba ke puncak dengan lebih mudah.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur Hafiz Hazin berkata pihaknya yakin kewujudan via ferrata itu melonjakkan lagi industri pelancongan di pulau-pulau peranginan Terengganu khususnya selepas kerajaan membenarkan rentas negeri tidak lama lagi.

"Biasanya, pelancong datang ke rangkaian pulau di Terengganu untuk menikmati keindahan alam terutama hidupan marin dan terumbu karang di bawah laut melalui aktiviti snorkeling dan selam skuba.

"Namun kali ini, Pulau Lang Tengah menawarkan produk baharu yang diperkenalkan oleh Summer Bay Resort sejak Mei lepas.

"Kami di Tourism Malaysia Wilayah Timur sentiasa menyokong inisiatif dan kreativiti dicipta oleh pemain industri setempat untuk memperkasa sektor pelancongan negara agar ia cepat pulih bagi mengharungi cabaran pasca-pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai aktiviti via ferrata sebagai produk baharu pelancongan di Pulau Lang Tengah bersama 16 wakil media Terengganu pelbagai agensi di sini baru-baru ini.

Berkeluasan 1.72 kilometer persegi, perjalanan ke Pulau Lang Tengah yang terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian itu mengambil masa 45 minit dengan bot dari jeti Merang. Ketika ini, hanya dua resort beroperasi di pulau itu menjadikannya sangat ekslusif kerana tidak terlalu ramai pelancong pada satu-satu masa.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort Chong Fah Ming berkata via ferrata itu adalah selamat untuk aktiviti pendakian ekstrem dan telah mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

"Kajian terperinci dan pemasangan trek laluan besi telah dilakukan oleh konsultan berpengalaman dan pihak resort juga menyediakan empat jurupandu terlatih berlesen untuk membimbing pelancong yang berminat melakukan aktiviti ini dengan selamat.

"Panjangnya hanya 200 meter dan terletak 80 meter dari aras laut, namun ia menjanjikan pengalaman cukup berharga untuk pendaki.

"Kami juga merancang untuk mewujudkan lebih banyak sukan ekstrem lain dalam masa terdekat sebagai daya tarikan pelancong ke resort ini," katanya yang membelanjakan lebih RM200,000 untuk membina via ferrata itu.

Sementara itu, beberapa pengamal media yang berpeluang mencuba aktiviti berkenaan mengakui ia bakal menjadi 'kegilaan' peminat sukan lasak terutama dalam kalangan generasi muda termasuk personaliti media sosial YouTuber dan Instafamous.

Wartawan Sin Chew Jit Poh, Lew I Ling berkata pengalaman kali pertama melakukan aktiviti tersebut sangat menyeronokkan dan beliau teruja untuk mencuba kerana mahu mencabar keupayaan diri.

"Memang sangat penat kerana ia pengalaman kali pertama. Agak berdebar juga kerana diri seakan 'tergantung' di awangan sepanjang trek namun sangat berbaloi melakukannya kerana pemandangan sebaik tiba di puncak sangat mengagumkan.

"Sebelum ini, saya tidak berminat pergi ke pulau kerana tiada aktiviti yang seronok dilakukan, namun dengan adanya via ferrata, Pulau Lang Tengah sudah menjadi antara destinasi percutian dalam senarai wajib pergi lagi selepas ini," katanya.

Bagi wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah pula, beliau memang sudah lama berhasrat melakukan aktiviti tersebut sebaik sahaja mengetahui cadangan pembinaannya dari pengurusan Summer Bay Resort  tahun lepas.

"Sebagai anak jati Terengganu, pasti saya berbangga dengan produk baharu di Pulau Lang Tengah ini dan mahu ia terkenal di seluruh dunia kerana secara tidak langsung bakal memberi impak positif kepada sosio ekonomi penduduk sekitar.

"Tepat tekaan saya kerana sebaik sahaja memuat turun gambar di laman sosial, saya dapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan yang berminat mahu mencuba via ferrata di Pulau Lang Tengah. Ini antara sumbangan kecil pengamal media membantu kerajaan melonjakkan semula industri pelancongan negara," katanya. - Bernama

Semua gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN