Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Talian Sokongan Dan Kod Tatasusila Demi Pelancongan Lebih Selamat

Menyedari peningkatan carian di platformnya, Airbnb telah melancarkan sebuah kod tatasusila dan talian sokongan kejiranan untuk memastikan percutian yang lebih selamat bagi para penggunanya.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 8:59AM

Gambar: Filios Sazeides, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula pertengahan September lalu, Airbnb mendapati terdapat peningkatan mendadak dalam pilihan carian untuk Langkawi, Port Dickson, Melaka dan Pahang (berdasarkan data dalaman Airbnb setakat 13 September 2021).

Situasi ini dipercayai berkait rapat dengan pengumuman kebenaran merentas daerah dan gelembung pelancongan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. 

Seiring dengan perkembangan semasa ini, platform penyenaraian dan penyewaan rumah ini melancarkan Kod Tatasusila (Code of Conduct) yang pertama untuk penginapan sewaan jangka pendek. Malah, Talian Sokongan Kejiranannya (Neighbourhood Support Line) turut diperluaskan ke Malaysia. 

 

Kod Tatasusila

Program dan inisiatif ini diperkenalkan bagi mendorong pelancongan yang lebih selamat dan bersih untuk menyambut kebangkitan semula sektor pelancongan domestik Malaysia. 

Kod Tatasusila sukarela baharu untuk industri penginapan sewaan jangka pendek Malaysia ini merangkumi satu siri prinsip umum yang bertujuan untuk menggariskan amalan umum untuk dipraktikkan oleh penggiat industri serta tetamu Airbnb.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Airbnb yang lebih meluas bagi menjadi rakan kerjasama kepada Kerajaan Malaysia dalam menyemarakkan kembali sektor pelancongan.

Kod Tatasusila ini akan dimuat naik di ‘Airbnb’s Responsible Hosting Page’ dan garis panduan tingkah laku tetamu yang bertanggungjawab akan dimaklumkan kepada semua tetamu Airbnb di Malaysia sebelum mendaftar masuk.

Di samping itu, Airbnb telah bekerjasama dengan Malaysian Vacation Rental Services Management Association untuk membantu mendidik ahli-ahlinya tentang Kod Tatasusila tersebut.

Kod Tatasusila ini terdiri daripada pelbagai amalan dan standard dan di antaranya ialah:

  • Garis panduan mengenai kewajipan hos terhadap tetamu
  • Garis panduan mengenai tingkah laku tetamu yang bertanggungjawab
  • Standard kesihatan dan keselamatan untuk hos dan tetamu
  • Amalan terbaik untuk hos mematuhi undang-undang, peraturan dan syarat yang berkaitan dengan aktiviti seorang hos, termasuk cukai 

 

Talian Sokongan Kejiranan Airbnb 

Airbnb juga telah memperluaskan Talian Sokongan Kejiranannya ke Malaysia. Langkah ini bagi memudahkan ahli komuniti mendapatkan bantuan langsung Airbnb jika berlaku sebarang kebimbangan mendesak melibatkan unit-unit Airbnb berhampiran. 

Dengan kemaskini ini, jiran-jiran Airbnb boleh melawat airbnb.com.my/neighbors untuk memohon panggilan kepada ejen sokongan khas yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari.

Talian Sokongan Kejiranan di negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Jepun, Perancis dan banyak lagi telah terbukti menjadi pengantara penting dalam usaha Airbnb untuk memerangi perhimpunan tanpa kebenaran atau permit.

Walaupun Airbnb menggesa komuniti untuk melaporkan kecemasan dan insiden keselamatan terus kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu, saluran komunikasi tambahan ini bertujuan untuk menangani gangguan segera serta isu jangka panjang atau berulang yang mungkin berlaku. 

Ketua Dasar Awam untuk Asia Tenggara, Airbnb, Mich Goh, memberitahu Kod Tatakelakuan ini direka untuk membantu memastikan setiap penginapan menawarkan pengalaman positif. Sama ada untuk hos, tetamu dan komuniti.

Manakala Talian Sokongan Kejiranan bertujuan untuk memberikan ketenangan fikiran tambahan kepada komuniti dan membantu memastikan semua orang dapat berkongsi manfaat perkhidmatan Airbnb.

“Dengan sekatan perjalanan yang kini mula dilonggarkan, kami dapati rakyat Malaysia berminat untuk meneroka dan melancong semula melalui penginapan Airbnb.

“Kod Tatakelakuan sukarela pertama dalam industri ini dan Talian Sokongan Kejiranan kami memperkukuhkan komitmen berterusan Airbnb untuk menggalakkan amalan pelancongan yang lebih bersih, selamat dan bertanggungjawab bagi menyokong industri pelancongan yang bakal bangkit semula,” ujar beliau. 

Tahun lalu, Airbnb melancarkan protokol 5 langkah Pembersihan yang Dipertingkat, satu siri standard yang dibangunkan dengan kerjasama pakar dan diperakui oleh Persatuan Perubatan Malaysia.

Protokol ini menawarkan garis panduan standard pertama untuk pembersihan dan sanitasi dalam industri perkongsian penginapan. - Getaran, 30 September 2021

Kredit foto : Airbnb

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 13 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 9 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 19 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN