web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Intai Destinasi Percutian Dari Rumah Sendiri

Jadi bagaimana caranya hendak melepaskan gian melancong? Tak boleh terbang, tak bermakna anda tidak boleh 'menjenguk' negara orang. Jom intai destinasi percutian dari rumah sendiri.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 8:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiktok! Tiktok! Sudah hampir dua tahun kita semua ‘terpenjara’ di negara sendiri dek pandemik COVID-19. ‘Buku merah’ tidak lagi dibawa ke sana sini. Sebaliknya terbiar sepi di dalam laci.

Bagi yang bergelar pengembara atau kerap melancong, situasi ini memang melemaskan kerana sudah terlalu lama tidak menikmati keterujaan dan keseronokan bercuti di negara orang. 

Jadi bagaimana caranya hendak melepaskan gian? Daripada terus berkeluh-kesah menghitung hari, apa kata cipta pengalaman melancong yang sedikit kreatif.

Tak boleh terbang, tak bermakna anda tidak boleh 'menjenguk' negara orang. Jom intai destinasi percutian dari rumah sendiri.

Sit back and relax from your own couch. Caranya mudah sahaja, tonton filem-filem yang mempersembahan keindahan sesebuah negara. 

Selain membawa anda mengimbas kembali detik-detik manis ketika bercuti ke destinasi terbabit, cara ini juga boleh mencetuskan inspirasi untuk ditambah ke dalam ‘bucket list’.

Berikut adalah senarai filem yang dicadangkan untuk percutian dari rumah!

 

1) Eat Pray Love

Filem yang diadaptasi daripada novel yang mendapat sambutan hangat ini dibintangi oleh Julia Roberts sebagai Elizabeth Gilbert, seorang penulis yang disegani dari New York. Dia meninggalkan kota New York untuk ‘mencari diri’ setelah menyedari hidupnya tidak gembira. 

Perjalanannya membawanya ke Itali di mana dia menikmati makanan dan gaya hidup, ke India untuk bertafakur dan berdoa kemudian ke Bali di mana dia menemui cinta sejati dan kedamaian hati.

Filem ini sudah pasti akan menjentik hati  agar anda tetap terbuka dan bersiap untuk mencari kebahagiaan peribadi sambil melihat keistimewaan dan keindahan tiga buah negara. 

Jangan tak tahu, selepas filem ini ditayangkan, terdapat pakej percutian di Bali yang dinamakan dengan 'Eat Pray Love Bali'. Filem ini masih boleh ditonton di platform penstriman Netflix.

 

2) The Secret Diary of an Exchange Student

Filem Netflix Original ini mengisahkan tentang dua gadis dari Brazil, Barbara (Larissa Manoela) dan Talia (Thati Lopes) yang memutuskan untuk mengikuti program pelajar pertukaran di Amerika Syarikat.

Mereka membuat keputusan tanpa mengetahui cabaran atau kejutan budaya yang menanti mereka. 

Barbara, yang selalu menyimpan angan untuk mengunjungi New York City, mendapati mereka sebenarnya akan tinggal di Woodstock, dua jam perjalanan dari New York.

Berbeza dengan kehidupan bersama keluarga, di tempat baharunya ini, Barbara harus membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja rumah serta membantu mengasuh anak penajanya, Sheryll (Kathy-Ann Hart).

Sementara, Talia yang bersemangat bebas tinggal bersama pasangan yang patriotik dan konservatif.

Gadis-gadis itu ini kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Brad (David James), seorang krew kabin dan Lucas (Bruno Montaleone), seorang warga Brazil yang bekerja di sebuah pusat peranginan ski.

Walaupun menghadapi kesukaran, rakan-rakan ini menemui cinta, persahabatan dan saat-saat yang tidak dapat dilupakan. 

Sepanjang 96 minit masa tayangan, anda boleh menyaksikan keindahan musim sejuk dan tarikan-tarikan popular di kota New York. Tidak cukup itu, anda juga akan belajar tentang perbezaan budaya.

 

3) Expedition Happiness

Filem dokumentari ini mesti tonton jika anda punya perancangan untuk mengelilingi dunia. Banyak yang boleh anda pelajari daripada filem yang ditayangkan pada tahun 2017 ini.  Sinematografi, muzik dan perjalanan pasangan muda yang indah bersama anjing kesayangan mereka membuat hati terpesona. 

Indah sungguh dunia ciptaan Tuhan. Dari Kanada Timur ke Barat, ke Alaska, kemudian di sepanjang Lebuhraya Pasifik ke Mexico, Selima Taibi dan Felix Strack menikmati dan menghargai keajaiban semula jadi sepanjang pengembaraan mereka. 

Menggunakan bas sekolah yang diubah suai, pasangan ini turut menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Filem ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada orang untuk menjelajah dunia, tetapi juga untuk belajar saling mempercayai.

Dunia ini cukup luas, jadi mengapa harus berada di satu tempat? Expedition Happiness adalah keseronokan melihat bagaimana pasangan dan anjing mereka memilih untuk keluar dan membiarkan pengembaraan menemui mereka!

 

4) Jilbab Traveler: Love Sparks in Korea

Filem yang dibintangi oleh Bunga Citra Lestari, Morgan Oey dan Giring Ganesha ini biarpun menyentuh perasaan, namun ia memperlihatkan keindahan Korea Selatan yang sentiasa menggamit kehadiran pelancong dari serata pelosok dunia.

Filem ini adalah hasil adaptasi novel laris, Jilbab Traveler karya Asma Nadia.

Ia mengisahkan tentang Rania, seorang penulis yang gemar mengembara sehingga mendapat julukan 'Jilbab Traveler'. Suatu hari dia memutuskan untuk pulang ke sisi keluarga kerana bimbang dengan tahap kesihatan ayahnya. Namun, keputusannya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. 

Ayahnya masih mahu Rania melihat dunia. Lantas dia mencadangkan Rania mengunjungi Baluran di Jawa Timur, tempat di mana ayah dan ibunya bertemu suatu ketika dahulu.

Di sini anda boleh menyaksikan keindahan bumi Indonesia yang juga tidak kalah dengan keindahan landskap alamnya. Ketika berada di daerah ini, Rania bertemu dengan seorang jurugambar asal Korea, Hyun Geun dan dia telah menemani jejaka ini bersama rakannya untuk ke Kawah Ijen. 

Satu insiden telah berlaku sehingga menyebabkan Rania patah hati sehingga dia mahu berhenti daripada menjelajah dunia. Namun, bibit-bibit cinta mula bersemi di hati Rania dan Hyun lalu kisah cinta mereka ini berlanjutan sehinggalah Rania menjejakkan kaki ke Korea Selatan. - Getaran, 26 Ogos 2021

Gambar :  imdb.com, readysteadycut.com

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Perancis Ikrar Kukuhkan Kerjasama 2 Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN