web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Act 1: Acknowledgement' Cerminan Isi Hati Dan Perasaan Masyarakat

Bukan sengaja mahu timbulkan kontroversi tetapi kugiran tempatan, Trophy Knives percaya dengan pentingnya 'representation' dalam masyarakat dan ada isu-isu yang perlu disuarakan lantang.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari keadaan semasa yang tidak menentu, kumpulan punk rock Trophy Knives, hadir dengan video muzik animasi pertama mereka bagi single, ‘Act 1: Acknowledgement’.

Walaupun video muzik ini baru sahaja dimuat naik di YouTube, ia sudah pun meraih lebih daripada 47,000 tontonan dan masih menjadi topik hangat warganet di media sosial.

"Ketika lockdown diumumkan pada bulan Mei lalu, kami sedar kami tak dapat nak melakukan penggambaran secara fizikal. Jadi, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini.

“Kami hubungi rakan-rakan kami di Fracas Works dan bertukar-tukar idea selama beberapa minggu. Dengan gabungan kesemua ilham, terhasilah video muzik animasi pertama kami ini,” kata Vinesh Muniandy, vokalis utama Trophy Knives.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan ini sering membincangkan isu-isu sensitif dan taboo seperti isu perkauman, seksisme dan ketaksuban dalam karya mereka. Kami sempat menemu ramah Vinesh secara eksklusif kelmarin dan dia telah berkongsi maklumat tentang single ini.

Bolehkah anda berkongsi lebih lanjut mengenai single terbaharu ini?

Lagu ini dimulakan dengan rangkap menceritakan tentang produk pemutih kulit yang dijual di pasaran tempatan. Kewujudan produk kecantikan ini memberi idea bahawa seseorang itu harus berkulit cerah untuk dianggap cantik.

Ia seakan menormalisasikan rasisme. Ya, sebagai kaum minoriti, lagu ini menceritakan pengalaman peribadi saya sendiri.

Orang berkulit gelap selalu diejek, dilemparkan kata-kata kurang manis malah selalu disisih. Jadi, kami ingin menangani isu-isu seperti ini dan menceritakan pengalaman yang pernah dihadapi sebagai minoriti.

Video muzik ini mengingatkan kami tentang filem The Purge. Adakah ia diilhamkan dari situ?

Terima kasih kerana memahami rujukannya. Saya rasa tidak ada lagi yang memperhatikannya hingga ke tahap ini.

Sebenarnya, Azizulhakim dari Fracas Works mengemukakan idea untuk jadikan filem itu sebagai rujukan dalam penghasilan video ini. Kami merasakan itu idea yang tepat, lebih-lebih lagi ia sesuai dengan konteks lirik lagu ini. 

Single ini sedikit sebanyak menyentuh isu kapitalisme sekali gus mencerminkan kemarahan banyak rakyat Malaysia terutamanya sekarang. Adakah video muzik ini sengaja dikeluarkan bagi menceritakan keadaan semasa?

Terdapat ramai orang kehilangan nyawa, hilang kerja dan kes bunuh diri pun naik mendadak berbandingkan tahun lepas. Dengan kelesuan pandemik yang kian memuncak, saya dapat lihat ramai orang semakin gelisah. Ia telah menimbulkan rasa ragu malah ramai mula mempersoalkan kewujudan diri sendiri.

Dalam kita menghadapi saat yang sukar ini, kita tak boleh biarkan diri kita hanyut dengan emosi kerana ia hanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak rasional.

Meskipun kami tidak berniat mengeluarkan video ini sekarang, tetapi ia tidak bermaksud ia tak mencerminkan isi hati dan perasaan orang ramai. 

Adakah anda berpendapat bahawa pendengar di Malaysia cukup matang untuk memproses makna-makna di sebalik karya kumpulan anda? 

Kami rasa walaupun ia menjadi satu cabaran, ia harus dilakukan kerana ‘representation’ sangat penting dalam masyarakat kita, tak kiralah di mana pun-- sekolah, tempat kerja dan lain-lain.

Adakah anda merasa takut akan disisihkan daripada memasuki scene muzik arus perdana kerana topik penulisan lagu? 

Sebagai sebuah kumpulan, perjalanan kami tidak pernah semudah yang dianggapkan, lebih-lebih lagi apabila peluang sangat terhad. 

Kami selalu berdikari mencari dana untuk mengadakan persembahan dan lawatan ke luar negara. Oleh itu, perasaan disisihkan bukan sesuatu yang asing buat kami. Kami ingin terbang lebih jauh dan mencapai kejayaan dengan cara kami tersendiri.

Act 1: Acknowledgement’ boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 6 Julai 2021

Semua gambar: Trophy Knives

Berita Berkaitan

1

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN