web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIM Raikan Ulang Tahun Pertama Album 'Runut Dalam Jeda' Dengan Versi Remix

Album remix ini turut melibatkan kumpulan synthpop Malaysia, Late Night Frequency dan Angqasa

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi arena Indie tempatan kumpulan MIM bukan lagi asing bahkan mereka punya rekod yang cukup membanggakan serta punya ramai pengikut.  

Tahun lalu, kulit hadapan EP MIM berjudul Runut Dalam Jeda (RDJ) yang direka Huzaifah Mahmud dicalonkan sebagai ‘Seni Reka Kulit Album Terbaik’ bagi anugerah TAPAUawards 2020. 

MIM juga diundang beraksi sebagai artis penutup persembahan pentas separuh akhir Anugerah Lagu Indie tahun lepas.

Setelah setahun kejayaan RDJ, kumpulan MIM kini hadir dengan perubahan bunyi dan susunan muzik yang jauh lebih segar. Bagi meraikan ulang tahun pertama ini, MIM bekerjasama dengan karyawan synthpop Malaysia, Late Night Frequency dan pemuzik ambien Angqasa menghasilkan EP remix berjudul RDJ:Remix yang memuatkan tujuh  lagu.

“Bagi meraikan ulangtahun album RDJ, kami telah bersepakat untuk mengeluarkan sebuah album remix, yang mana lagu-lagu daripada album tersebut ‘dirosakkan’ dan diolah kembali dalam bahasa muzik berbeza.  

“Remix album ini adalah untuk wujudkan pertembungan genre dan seakan memberi nafas baharu kepadanya. Kita sudah biasa dengar lagu rock kapak jadi dangdut, lagu balada bertukar disco tapi jarang pula dengar postrock jadi synthwave.

“Idea album remix ini sudah lama dibincangkan sejak pelancaran album RDJ lagi. Moja daripada kumpulan Late Night Frequency pernah menghantar satu karya kepada kami sewaktu kami mengadakan acara penyerahan album. Walaupun tak terpilih sebagai pemenang, apa yang dia hasilkan cukup mengagumkan kami.  

“Justeru itu, kami ajak dia menghasilkan album remix ini bersama kumpulan Angqasa. Kami serahkan sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk buat susunan semula lagu. Kami yakin dengan kebolehan mereka," kata Alkamil Kamarludin, basis MIM.

Menurut Alkamil lagi, durasi lagu dalam album ini lebih singkat berbanding karya asal.

 “Kami mahu album kali ini diterjemah dalam nuansa synthpop yang lebih santai, ringkas, mesra dan tidak terlalu berat untuk pendengar,” jelasnya.

Pembikinan album ini menyaksikan Late Night Frequency dan Angqasa berkolaborasi menghasilkan tiga lagu remix, iaitu 'Demon', 'Exequy' dan 'Remedy', manakala lagu lain dihasilkan sendiri oleh anggota kumpulan MIM iaitu Neo Zora dan KG.

EP ini telah dilancarkan secara atas talian melalui festival Indie Dari Rumah anjuran Atas Angin Rabu lalu.

“Kami sangat bertuah menjadi antara kugiran yang berpeluangt memperkenalkan karya baharu di platform Indie Dari Rumah

“Sejujurnya, ketika MIM dan Late Night Frequency terpilih untuk beraksi di festival ini, kami tiada idea langsung tentang susunan persembahan. Apabila jadual persembahan keluar secara rasmi, kami terkejut dapat tahu kedua-dua band dijadualkan pada hari sama. 

“Kami lihat ini sebagai satu takdir yang tersusun cantik. Jadi, kami tak mahu mensia-siakan peluang depan mata dan memutuskan untuk melancarkan EP ini secara langsung pada hari persembahan itu. 

“Kami tahu di situ pasti ada penonton dan ia kesempatan terbaik untuk menarik perhatian peminat baharu. Harapan kami semoga album ini dapat diterima ramai dan pendengar terbuka untuk hadam pelbagai jenis genra seterusnya cuba meneroka lebih banyak muzik yang ada di Malaysia," katanya. 

Sekiranya anda berminat untuk membeli EP RDJ:Remix, tempahan boleh dibuat menerusi laman web rasmi MIM. – Getaran, 30 Julai 2021

Semua gambar: MIM

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Muzik Indie Minggu Ini!

2

Indie 4 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

3

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Lagu Indie Minggu Ini

4

Indie 4 tahun yang lalu

‘FlightOH665’ : Pengalaman Unik The Peachskins

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN