web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Claudia Tan : Novelis Antarabangsa, Penyanyi Dan Pencuri Hati

Sudah selangkah bertapak di Hollywood, Claudia Tan bertekad ‘melawan’ diskriminasi terhadap orang Asia di negara Barat dengan novel-novelnya serta lagu-lagunya.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda, anak kelahiran Kuching, Sarawak, Claudia Tan telah mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila novelnya berjudul Perfect Addiction meraih lebih daripada 84 juta pembaca di platform bercerita sosial, Wattpad. Bahkan novel ini juga telah memenangi anugerah People’s Choice Award di anugerah Wattys 2015 .

Sekiranya itu tidak cukup mengagumkan anda lagi, cerita ini juga bakal dijadikan filem Hollywood dan akan diterbitkan oleh Jeremy Bolt, yang sebelumnya pernah mengerjakan francais filem Resident Evil. Adaptasi cerita ini bakal menampilkan pelakon terkenal Hollywood seperti Ross Butler, Matthew Noszka dan Kiana Madeira.

Sekarang, mari kenali sisi Claudia yang satu lagi, yakni penyanyi dan penulis lagu. Singlenya yang berjudul ‘Bodies’ telah mendapat tempat di laman sosial TikTok dan Spotify serta menarik perhatian peminat dari seluruh dunia. 

Terkini, Claudia menghadirkan single terbaharunya bertajuk 'Nice Guy' yang diilhamkan oleh pergerakan 'Me Too.'

“Saya sengaja memilih rentak rancak dan catchy bagi menyeimbangkan mesej lagu ini yang sebenarnya agak pedas dan mendalam. Apabila saya melihat ramai perempuan berkongsi pengalaman melalui tanda pagar #metoo di Twitter, saya menyedari kebanyakan lelaki bermasalah sebenarnya mempunyai persamaan.

“Mereka selalunya sangat kacak dan berpenampilan baik di depan khalayak ramai tapi disebaliknya, hanya Tuhan yang tahu betapa mereka ini sangat suka memanipulasikan orang.

“Saya ingin menjadi suara yang menyedarkan para gadis sekali gus memberi amaran kepada lelaki-lelaki ini bahawa kaum wanita bukan bodoh,” katanya.

Anda mungkin tertanya, bagaimana Claudia membahagikan masa sebagai seorang novelis dan penyanyi.

“Dari kecil saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis dan tak pernah berfikir tentang kerjaya lain. Saya mula jatuh cinta dengan muzik ketika zaman universiti tetapi tak pernah rasa serius hinggalah baru-baru ini.

"Bagi saya menulis lagu dan buku adalah dua perkara yang berbeza. Mempunyai pengetahuan kata yang luas sangat membantu saya dalam menyusun seni kata yang puitis sekali gus dapat meluahkan segala perasaan dalam bentuk lagu.

"Kedua-duanya adalah bentuk eskapisme bagi saya dan memberi satu ‘feeling’ serta kepuasan yang susah untuk dijelaskan. Saya suka menulis lagu yang mencerminkan pengalaman dan perjuangan anak muda zaman sekarang,” kata Tan.

Mengenai penggambaran runut bunyi filem Perfect Addiction, Claudia berkata, dia terbuka untuk melakukannya jika diberi peluang.

Ketika ditanya mengapa dia menyimpan nama keluarga ‘Tan’ sebagai nama penanya, Claudia berkata, “Saya rasa ia sangat penting untuk menjaga warisan budaya saya lebih-lebih lagi memandangkan kebencian dan diskriminasi terhadap orang Asia di negara Barat.

“Sekiranya saya menjadi household name nanti, saya ingin menyebarkan mesej bahawa, orang Asia juga manusia yang mempunyai aspirasi dan impian. Kami tidak kurang daripada orang lain malahan kami semua sama rata.”

Claudia berkongsi bahawa dia tidak mempunyai rancangan untuk menulis buku baharu buat masa ini dan ingin fokus dalam kerjaya muziknya. "Saya akan kembali menulis buku apabila saya mempunyai cerita untuk diceritakan.

"Sekarang ini saya mempunyai satu tujuan iaitu membawa muzik Malaysia ke arus perdana setanding dengan lagu-lagu negara Barat yang lain,” tambahnya lagi.

Single terbaharu Claudia berjudul ‘Nice Guy’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. – Getaran, 9 Julai 2021

Semua gambar: Claudia Tan

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN