Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perhimpunan Palestin Roblox Tarik Perhatian Negara Luar

Perhimpunan bertujuan menunjukkan sokongan secara maya terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin di Gaza

Indie Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 5:15PM

gambar Tiktok @cikguzyd dan @baldnewsnetworks

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin kini semakin mendapat perhatian masyarakat dunia dan ia mula disebarkan menerusi pelbagai platform komunikasi serta media sosial.

Dan yang terbaharu, permainan dalam talian yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja  iaitu Roblox turut menganjurkan perhimpunan secara maya.

Menerusi satu hantaran di akaun Tiktok @cikguzyd, iaitu yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan itu berkata, perancangan untuk mencipta landskap permainan ini mengambil masa seminggu dan ia adalah salah satu cara untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin.

“Solidariti untukmu Palestin. Berjuang cara kita,” katanya menerusi kapsyen di hantaran tersebut.

Beliau yang juga aktif dalam permainan dalam talian berkata: “Dari segi nak buat peta (dalam Roblox), ia ambil masa dalam tiga hari. Kemudian kita bincang terus semasa itu dan uruskan program tersebut yang mengambil masa hampir seminggu”.

Bukan itu sahaja, perhimpunan maya itu turut menyediakan tempat pemain-pemain Roblox untuk berkumpul yang dinamakan sebagai ‘Dataran Tanjung Mas’. Malah, setiap pemain boleh mengakses peta tersebut pada bila-bila masa.

Video yang kini mendapat 1.6 juta penonton itu mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak termasuklah ibu bapa dan pengguna laman sosial luar negara kerana kagum dengan usaha yang dilakukan oleh @cikguzyd.

@baldnewsnetworks #palastine #israel #muslim #jewish #foryou @Nuha ♬ Sad and lonely - MoppySound

“Video ini dan cara dia lakukan untuk tunjuk sokongan terhadap Palestin adalah sangat menakjubkan,” kata seorang Tiktokers luar negara yang dikenali sebagai @baldnewsnetworks

“Anak saya tak boleh pegang telefon pada hari minggu, tapi hari ini saya izinkan,” sokong salah seorang ibu bapa di ruangan komen.

“Kalau berfaedah macam ini, saya setuju pelajar-pelajar saya main game ini dan ia sedikit sebanyak membantu mereka untuk mengetahui apa yang terjadi di Palestin,” komen seorang lagi yang dipercayai seorang guru.

Ini adalah salah satu kaedah yang bergitu luar biasa dan sangat bagus untuk anak mudah mengenali dan mempelajari apa yang berlaku di Palestin.

Pada masa sama, himpunan ini menunjukkan bahawa betapa seriusnya solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin. – Getaran, 26 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

2

Luar Negara 5 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

3

Semasa 6 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 14 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran