Berita Terkini

53 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 53 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 53 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 54 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 54 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Perjuangan Hak Wanita Dalam Lagu Terbaru Naddi

Naddi mengambil satu langkah ke arah pengubahan diri dan muziknya dengan 'Lowkey', 'single' mutakhirnya.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 7:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tak tahu lagu ‘Tear Us Apart’ nyanyian Nadhira bersama Ron E. Jones yang pernah menjadi siulan remaja sekitar pertengahan tahun 2000? 

Walaupun sudah satu dekad berkecimpung dalam dunia hiburan, kini tiba masanya Nadhira maju selangkah ke hadapan untuk mengubah alunan dan identiti muziknya. 

Terkini, penyanyi hip hop ini tampil dengan nama terbaru iaitu Naddi dan dia berazam untuk melangkah lebih maju dalam industri dengan membawa genre muzik yang sama.  

“Pandemik COVID-19 betul-betul membuat saya berfikir tentang masa saya dalam industri ini. Selepas berfikir sedalam-dalamnya mengenai diri dan masa depan, saya mengambil keputusan untuk membuka lembaran baru dalam kerjaya. Ini kerana saya ingin pergi jauh daripada identiti lama sebagai Nadhira. 

“Naddi merupakan alter ego saya yang mempunyai karakter berani dan suka mencabar diri sendiri. Nadhira yang dulu merupakan seorang yang ‘carefree’, bebas dan bersikap tidak ambil peduli terhadap sekeliling. Manakala, Naddi pula menggambarkan saya yang lebih matang, tenang dan berwaspada.

“Setelah menjadi seorang ibu, persepsi saya tentang dunia dan muzik berubah. Saya lebih berhati-hati dengan apa yang ingin saya sampaikan dalam setiap lagu saya,” katanya. 

Dengan memiliki pemikiran ini, ia membolehkan Naddi untuk meneroka dan memperkasakan Bahasa Melayu serta mendorongnya untuk menghasilkan lebih banyak lagu-lagu Melayu. 

Naddi berkongsi bahawa cara mengekspresikan perasaan dalam Bahasa Melayu lebih susah daripada Bahasa Inggeris. Ini kerana Naddi membesar di beberapa negara dan kurang fasih mengenai sejarah tempatan dan Bahasa Melayu.

“Sepanjang tempoh PKP, saya mengambil kesempatan untuk mempelajari perkataan baru dan cara tulisan yang betul. Saya juga mempelajari sejarah tanah air dan ia membuatkan saya lebih menghargai kekayaan budaya kita,” jelasnya.

Single terbarunya berjudul ‘Lowkey’ ini merupakan lagu pertamanya buat tahun 2021 dan ia merupakan kolaborasi bersama penyanyi rap dan produser, SXPH. “Sebelum ini kami pernah bekerja sama namun penampilan kali ini menjanjikan kelainan kerana SXPH merupakan penerbit dan komposer single ini,” ujarnya.

Single terbaru ini menyentuh tentang perselingkuhan dalam perhubungan tak kiralah, dalam hubungan perkahwinan atau sebaliknya. 

“’Lowkey’ dihasilkan dengan mengambil pandangan pihak ketiga dan bukan berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri. 

“Lagu ini turut boleh dijadikan semangat bagi mereka yang pernah merasa dicurangi dan dikhianati oleh orang yang kita sayang.

“Tidak semua orang mendapat peluang untuk perbaiki kehidupan masing-masing dan meninggalkan pasangan mereka begitu sahaja. Tambahan pula, ianya berbeza sekiranya anda mempunyai anak. Anda mulalah memikirkan kepentingan terbaik buat mereka tanpa mengambil kira perasaan kita sendiri. 

“Nasihat yang ingin disampaikan melalui lagu ini adalah kita sebagai kaum wanita perlu sentiasa berdikari dari segi emosi, kewangan, fizikal dan mesti pintar membuat langkah seterusnya dan bukan bergantung seratus peratus pada pasangan semata-mata.

“Sebagai penyanyi saya mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan mesej dan bersuara tentang isu-isu berkaitan dengan wanita seperti keganasan rumah tangga, gangguan seksual dan sebagainya. Masyarakat harus tahu bahawa kesakitan dan trauma akan menghantui seseorang selama-lamanya,” katanya.

Single berjudul ‘Lowkey’ boleh didengari di laman penstriman seperti Spotify, Tidal dan Apple Music. - Getaran, 21 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Naddi

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Semasa 2 hari yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Korea Selatan, Malaysia Adakan Penerbangan Persahabatan Di LIMA'23

4

TARA 1 minggu yang lalu

10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Selamat Hari Gawai - Lagu Iban, Richah Gawai Ciptaan Dan Nyanyian Ramles Walter Trending Nombor Satu Di YouTube 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 7 jam yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industr...

Muzik 1 hari yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

“Saya rasa lagu ni lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat...

oleh Zara Sofea

Filem & TV 1 jam yang lalu

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

oleh Ellyna Ali dan Rubini Nagarajah