web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Gig Kebangsaan Menggila Luar Biasa, Lepas Itu Apa?

Selepas HGK menggila minggu lalu. Apa lagi yang boleh kita harapkan dari dunia muzik alternatif tanah air?

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 1:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini kegilaan luar biasa apabila 25 gig telah dijalankan serentak di seluruh negara selama masa dua hari lengkap dengan prosedur operasi standard  (SOP) penuh sempena Hari Gig Kebangsaan(HGK).

Hari bersejarah itu diwujudkan bagi menghidupkan kembali scene muzik alternatif tanah air yang sudah semakin suram akibat pandemik COVID-19. 

Dalam artikel kali ini kami di Getaran telah menemu ramah beberapa individu untuk mengupas siapa dan apa di sebalik kegilaan HGK ini. 

Ramai yang merindui acara gig. Baik penganjur, artis sehinggalah pengunjung semua ternanti-nanti masa dan acara bagi melepaskan gian masing-masing. 

TapauTV yang menjadi tulang belakang idea HGK merasakan sudah tiba masanya mereka mengumpulkan seramai mungkin penganjur gig dalam satu group Whatsapp untuk memudahkan perbincangan dan strategi mengembalikan semula acara riuh gig tanah air.

“Kami sebenarnya kalau dapat 10 penganjur pun dah cukup. Tapi kami pun terkejut bila berjaya kumpul 25 penganjur. 

“Misi kami semua sama iaitu bukan kejar untung sangat. Cukuplah kalau semua tak rugi. 

“Namun apa yang paling penting adalah kita semua nak hidupkan kembali gig supaya tak dilupakan orang. Kita nak hidupkan kembali semangat dan ajak semua orang keluar berkenalan dengan band baru dan menyaksikan senario gig tanah air.

“Jujurnya, kami cuma ada masa 2 minggu sahaja untuk buat HGK. Dalam kumpulan Whatsapp itulah penganjur bertukar pendapat terutamanya dalam isu penguruskan SOP. 

“Mujurlah penganjur seperti ANGKASA Space dan Atas Angin dah pernah buat, jadi penganjur yang lain mengguna pakai teknik yang ada sebab garis panduan yang dikeluarkan MKN pun sudah agak terperinci. 

“Kami faham, jika ada satu gig yang bermasalah, risiko untuk HGK tidak diadakan lagi di masa hadapan boleh terjadi. 

“Namun begitu, ada beberapa gig yang masih tak boleh berlangsung secara bersemuka maka mereka jalankan acara atas talian. Tak mengapa, sebab ia masih meriah,” ujar Ahmad Faris dari TapauTV semasa dihubungi Getaran.

Setelah HGK berlangsung, barulah semua semakin jelas bahawa rupa-rupanya hampir setiap negeri memiliki kumpulan gig masing-masing kecuali negeri Pantai Timur. 

Nun jauh merentas laut tidak menenggelamkan semangat anak-anak Borneo untuk turut serta dalam memeriahkan Hari Gig Kebangsaan.

“Keadaan di Sabah lain sedikit dengan Semenanjung. Biasanya kalau Semenanjung dah memulakan apa-apa SOP, Sabah akan lewat dua minggu. 

“Jadi, bila di Semenanjung dah pernah anjurkan gig secara bersemuka, tapi kami masih belum boleh. Sebab itulah kami masih lagi mengadakan persembahan secara virtual. 

“Tapi tanyalah sesiapa pun, baik ahli band atau pengunjung, masing-masing rindu nak berada dalam acara secara live.

“Gig secara virtual di Sabah tempoh hari semuanya berjalan dengan baik memandangkan kami antara yang terawal buat persembahan iaitu jam 3 petang. Jadi tak adalah apa-apa masalah. 

“Walaupun ia dijalankan secara virtual, tapi kami masih menjaga mutu dan kualiti persembahan supaya penonton di rumah berasa puas dengan persembahan kami.

“Sabah sebenarnya banyak tempat cantik yang boleh dibuat gig. Tepi gunung ke, tepi pantai, tepi air terjun semuanya cantik. Jadi kami sasarkan lepas raya ini untuk buat lebih banyak gig di Sabah. 

“Kalau ada mana-mana pihak nak taja gig kami, sangat dialu-alukan,” kata Anas Amdan selaku penerbit dan pemuzik yang kini bermastautin di Kota Kinabalu.

Bertanya kepada Megat Fazly, wakil band Mafidz yang baru sahaja membuat persembahan di gig  ‘Disko Senyap’ minggu lalu, mereka sangat berpuas hati dengan gig tersebut walaupun mempunyai SOP yang ketat.

“Disko Senyap mewajibkan semua pengunjung untuk pakai headphones bagi membolehkan mereka mendengar dan menikmati muzik dengan lebih jelas. Sebagai artis, kami pastikan setiap lirik dan mesej di dalam lagu itu sampai kepada pendengar. 

“Bagi mematuhi SOP, penganjur menghadkan 60 orang sahaja untuk gig kami dan tiket semuanya habis terjual. 

“Sudah lama kami tak buat persembahan secara langsung dan gig seperti ini adalah pengalaman baru untuk semua. Bila jumlah penonton dihadkan ini, kita juga rasa lebih intimate dengan pengunjung.” 

Kami juga sempat merisik apa cerita gig di Ipoh pula. Mohd Jayzuan ketika dihubungi Getaran mengakui gig kali ini agak berbeza dengan sebelumnya kerana tiada aksi mosh pit atau stage diving seperti selalunya. 

“Semua yang hadir menjaga jarak dan memakai topeng. Kalau ada yang terlupa atau terlanggar pun cepat-cepat ditegur penganjur,” katanya. 

Nampaknya rata-rata pengunjung yang hadir memeriahkan HGK berpuas hati dengan gig yang mereka kunjungi walaupun dipantau dengan SOP ketat. 

“Walaupun ada SOP tapi kami masih boleh enjoy setiap muzik. Kalau macam inilah gaya gig dalam SOP. Memang tak ada masalah nak pergi gig lagi,” kata Aishah yang menghadiri beberapa gig di Selangor. 

Selepas HGK 2021 mencipta sejarah yang membanggakan, lepas itu apa? Itu mungkin persoalan yang ada dalam kepala kebanyakan kita. 

TapauTV bersama penganjur gig yang lain mensasarkan untuk mengadakan HGK setiap tahun. Mungkin selepas ini, perancangan lebih rapi akan diadakan termasuklah dari segi promosi. 

Mereka juga memiliki target untuk memperkasakan ekosistem gig di Malaysia supaya lebih ramai lagi orang akan keluar dan mengenali band yang tidak pernah mereka dengari sebelum ini. 

Syabas kami ucapkan! - Getaran, 17 April 2021

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN