web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fakulti Kaki Lima – Program Gabungan Pembelajaran Asas Teori Muzik Dengan Hiburan 

Sebanyak 10 kumpulan muzik Indie mengambil bahagian dan untuk segmen teori asas muzik pula dipimpin salah seorang anggota kumpulan SOG yang merupakan graduan muzik di UiTM.

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 3:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang meminati muzik tetapi tidak mempunyai asas teori muzik. Bagi yang ingin menambahkan pengetahuan dan memahami asas muzik teori ini, Fakulti Kaki Lima adalah jawapannya! 

Fakulti Kaki Lima adalah sebuah program edutainment berkonsepkan kapsul berdurasi 15 minit yang akan bersiaran sebanyak 52 episod di saluran YouTube: Funky Brigade bermula 25 Oktober ini, setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, jam 9 malam. 

Antara topik yang bakal didedahkan dalam program ini adalah pemahaman tentang note, nada dan pitching, baluk dan klef di dalam muzik skor, Tangga Nada, Tangga Masa dan skala major dan skala minor. 

Pembelajaran tentang teori asas muzik ini akan dipimpin MK Ridzuan yang merupakan seorang graduan muzik dari UiTM yang juga salah seorang anggota kumpulan muzik Sekumpulan Orang Gila(SOG). 

MK Ridzuan juga terlibat sebagai pengolah modul pembelajaran bersama Prof. Madya Khairil Anwar Dean dari Universiti Malaysia Kelantan serta Shamsul Cairel Abdul Karim yang juga bertindak selaku penerbit dan pengarah projek Fakulti Kaki Lima.

Menurut Shamsul Cairel, Fakulti Kaki Lima sebenarnya adalah sebuah projek edutainment di mana kami gabungkan elemen pembelajaran dan hiburan di dalam sebuah program.

“Ia juga di sasarkan kepada pemuzik-pemuzik bebas, orang ramai yang tidak mampu meneruskan pembelajaran teori muzik di kolej atau universiti dan kepada para peminat muzik umumnya.

“Awalnya, memang cetusan idea dan konsep itu datang dari saya namun ianya agak raw. Saya banyak dibantu MK Ridzuan dan Prof. Madya Khairil Anwar Dean. 

“Mereka yang bertungkus lumus menyiapkan modul pembelajaran dan setelah itu, barulah saya mampu untuk hasilkan skrip program,” katanya yang juga merupakan Pengarah Kreatif untuk Konsert UK's Reunion di Istana Budaya awal tahun ini dan program Salam Dari Maya yang kini diterbitkan untuk musim kedua.

Bagi segmen persembahan pula, sebanyak 10 kumpulan muzik independence telah diundang untuk turut sama terlibat di dalam program ini. 

Late Night Frequency - Gambar Fakulti Kaki Lima 
Late Night Frequency - Gambar Fakulti Kaki Lima 

Antaranya adalah Late Night Frequency ( pemenang AIM 23 untuk kategori Lagu Pop Elektronik/ Dance Terbaik ), Kazim Band ( juara Battle Of The Band Last Lap, Ipoh ), Merchants Of Mercury, Zip Zieller, Frost Revenge, Syakir & The Rombongan, Armpunk Sindicate dan lain-lain lagi.

Rakaman program ini telah dilakukan di studio FunkyBrigade Mediaworks di Desa Melawati di mana semua kumpulan muzik membuat persembahan secara live dan di rakam secara multiple camera production (MCP). Semua kerja teknikal dan pasca produksi dikendalikan Resap Jilma Collective.

Armpunk Sindicate - Gambar Fakulti Kaki Lima
Armpunk Sindicate - Gambar Fakulti Kaki Lima

“Saya sebenarnya berbangga dengan pasukan produksi dan semua band yang terlibat kerana kesungguhan mereka untuk menjayakan program ini. Ada band yang datang dari Johor dan Perak, semata-mata untuk terlibat di dalam program ini. 

“Brotherhood yang wujud antara perkumpulan anak-anak indie ni, memang best dan penyatuan seperti ini dah makin hilang dalam mainstream," jelas Shamsul Cairel.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Cairel juga baharu selesai mengarahkan 2 buah video muzik untuk kumpulan ARiA dan 1 video muzik untuk Dr. Kronik and Friends.

Projek Fakulti Kaki Lima ini mendapat bantuan dana ekosistem dari Dana Kandungan Digital Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – Getaran, 21 Oktober 2022 

Zip Zieller - Gambar Fakulti Kaki Lima
Zip Zieller - Gambar Fakulti Kaki Lima

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM500 Juta Atasi Masalah Air Bersih Di Kelantan - Anwar

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

71 Peratus Permohonan PerantiSiswa Di Kelantan Telah Diluluskan - Noraini

3

Indie 4 tahun yang lalu

Armpunk Sindicate Hasilkan Single Tentang Kesihatan Mental

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN