Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


71 Peratus Permohonan PerantiSiswa Di Kelantan Telah Diluluskan - Noraini

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 1:20PM

Sejumlah 14,253 permohonan kemudahan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia IPT di Kelantan telah diluluskan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seramai 14,253 permohonan kemudahan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di Kelantan telah diluluskan setakat Rabu (26 Okt), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata jumlah tersebut mewakili 71 peratus daripada 20,080 permohonan pelajar daripada universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diterima di Kelantan.

“Pengagihan PerantiSiswa di IPT kini sedang giat dijalankan bagi permohonan yang telah diluluskan.

“Saya telah meminta supaya proses kelulusan dan pengagihan ini dibuat pada kadar sesegera yang mungkin kerana tidak mahu anak-anak menunggu lama untuk mendapatkan peranti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Program KPT Prihatin dan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Noraini menyerahkan PerantiSiswa kepada 40 penerima yang mewakili pelajar-pelajar dari Universiti Awam dan IPTS Kelantan.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Naib Canselor UMK Prof Dr Razli Che Razak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

3

Semasa 7 bulan yang lalu

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRN: KPT Akan Kenal Pasti Kaedah Mudahkan Warga IPT Pulang Mengundi

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Politik 13 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB