web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Armpunk Sindicate Hasilkan Single Tentang Kesihatan Mental

Lagu ‘Seterumu’ diilhamkan daripada kisah benar pemain bass kumpulan Armpunk Sindicate, HK.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 5:01PM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Band muzik punk rock, Armpunk Sindicate tampil dengan single terbaharu yang mengangkat isu kesihatan mental diinspirasikan daripada kisah benar pemain bass mereka.

Armpunk Sindicate dianggotai Zaid Nazim Zainal Abidin atau Zed selaku vokalis, Muhamad Hameli Muhamad Yazid (Miely) sebagai gitaris, Akmal Hakim Syed Abdul Hamid (HK) sebagai pemain bass.

Single terbaharu bertajuk ‘Seterumu’ ini menceritakan tentang HK, yang mengalami masalah kesihatan mental sewaktu melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.

“Saya melanjutkan pengajian di sana pada 2013. Perasaan rindu, berjauhan dengan keluarga serta tugasan pengajian yang bertimbun menyebabkan saya kerap memendam rasa, lebih gemar menyendiri, kurang keyakinan diri serta  tidak mampu untuk bangkit keluar dari biliknya. 

“Awalnya saya sendiri tidak merasai apa-apa. Saya sendiri tidak menyedari bahawa saya mempunyai masalah keresahan. Tapi, apabila keadaan diri saya berterusan begitu, saya terpaksa mendapatkan nasihat pakar dan menjalani rawatan sekitar akhir 2014 atau awal 2015. 

“Cara saya mengalihkan masalah saya ini adalah dengan bermain muzik,” katanya kepada Getaran semasa sesi sidang media dalam talian baru-baru ini.

Pengalaman yang dialami HK itu akhirnya mencetuskan inspirasi buat band muzik Armpunk Syndicate ini untuk menghasilkan lagu ‘Seterumu’ memandangkan ramai yang turut mengalami masalah yang sama.

“Memang lagu ini tentang kisah diri saya. Tetapi, pada waktu yang sama, saya tahu ada ramai lagi kawan-kawan saya dan masyarakat di luar sana yang melalui keadaan ini. 

“Misi kami dengan lagu ini adalah untuk membangkitkan semangat buat mereka supaya mereka tahu bahawa mereka bukan keseorangan dan dapat melalui hari-hari seterusnya dengan positif. 

“Elakkan kesedihan dan jangan tunggu hingga ada masalah dan jangan tunggu sehingga ia mengacau kehidupan seharian anda,” katanya lagi. 

‘Seterumu’ yang merupakan ciptaan sepenuhnya penggubah lagu Shamsul Cairel Abdul Karim ini bernuansakan muzik punk rock dan memiliki tempo pantas, namun ia turut menguji vokal penyanyi Zed kerana perlu membawakan lagu tersebut dengan persembahan vokal yang perlahan sebelum ia melejit naik apabila muziknya semakin meningkat dinamik.

Shamsul Cairel bukanlah nama yang baharu di dalam industri muzik tanah air. Selain menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi, beliau juga turut terlibat menghasilkan skor muzik untuk filem-filem Melayu tempatan.

Bahkan, beliau pernah memenangi anugerah Skor Asal Terbaik untuk filem Waris Jari Hantu dalam Festival Filem Malaysia Ke-20.

‘Seterumu’ adalah sebuah lagu utama yang dimuatkan di dalam EP pertama Armpunk Sindicate, Fakulti Kaki Lima yang telah pun berada di pasaran sejak 26 Mac lalu. 

Ini bukanlah kali pertama Armpunk Sindicate tampil dengan lagu-lagu yang bermesej. Pada tahun 2019, mereka pernah menghasilkan single berjudul ‘Dadah Durjana’ dan turut dilantik menjadi ikon World Drugs Free Malaysia. Lagu ini disusuli pula dengan ‘Satu Bendera’ yang mengangkat isu tentang penyatuan dan perpaduan. - Getaran, 8 April 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN