Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Bakal Jadi Album Masterpiece, Jemson Buktikan Band Lokal Tak Malas!

Duo rock berbakat Jemson memperkenalkan album terbaharu mereka hasil kolaborasi bersama ramai anak Malaysia yang berbakat.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 8:58AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kesuraman pandemik telah memperlahankan banyak perkara. Ekonomi, aktiviti sosial, pekerjaan, perkahwinan, pelancongan dan apa sahajalah yang kita boleh fikirkan. Tapi kumpulan Jemson yang dianggotai oleh Najmi dan Myo ini membuktikan sebaliknya. 

Tempoh waktu berkurung digunakan sebaiknya untuk melengkapkan album terbaharu mereka yang dinamakan dengan nama kumpulan mereka sendiri iaitu JEMSON. Duo rock ini bukanlah asing dalam industri hiburan tanah air. Kedua-dua mereka ini mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang rakaman dan persembahan dalam dan luar negara. 

“Sejak perintah kawalan pergerakan, saya telah kehilangan pendapatan memandangkan sumber pencarian saya 60 peratus adalah hasil daripada persembahan. Namun begitu, ia tidak menjadi alasan kerana saya ada keluarga yang perlu disara. 

“Kami terus mencari alternatif untuk meneruskan minat dan motivasi sepanjang PKP. Jadi, kami bersungguh-sungguh melunaskan album ini,” kata Myo selaku vokalis Jemson ketika dihubungi Getaran. 

JEMSON bakal menghimpunkan 12 lagu terbaik mereka yang semuanya disudahkan semasa pandemik. Apa yang menarik mengenai album ini ialah proses untuk melengkapkan album ini merupakan  gandingan daripada anak tempatan yang berbakat di Malaysia bermula dari penyanyi, susunan muzik, rekaan grafik sehinggalah ke promosi. Semuanya adalah usaha daripada banyak pihak. 

“Ujian pandemik ini menyedarkan kita semua untuk saling berganding bahu. Begitulah juga untuk album JEMSON. Kami mahu hidupkan semula ekosistem industri muzik yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa mengira genre muzik serta merentas generasi. 

“Kalau pendengar dapat lihat, untuk album ini kita banyak berkolaborasi dengan beberapa artis dan pemuzik seperti Noh Salleh, Naim Daniel, Vinesh Trophy Knives, Sam Bunkface, Rudeen, Izo XPDC, AG Coco dan banyak lagi. Setiap lagu yang dinyanyikan atau menampilkan mereka sangat kena dengan suara serta gaya muzik masing-masing dan saya boleh katakan album ini adalah sebuah masterpiece,” tambah Myo. 

Jemson baru sahaja meluncurkan single daripada album ini bertajuk 'Lu Power' bersama Noh Salleh. Lagu yang ditulis oleh Najmi dan Myo ini merupakan satira kepada pengurusan yang tidak kompeten dalam menguruskan negara apalagi semasa musim pandemik. 

“Setakat ini respons yang kami terima memang positif. Pratempah untuk album ini juga kencang, Alhamdulillah. Nampaknya ramai yang boleh kaitkan kehidupan mereka dengan lagu-lagu kami. Tak sabar rasanya untuk meluncurkan keseluruhan album ini pada 29 Mei nanti,” ceritanya.

Terbuka dengan kritikan, Jemson mengundang orang ramai untuk mendengar dan memberikan pandangan anda terhadap hasil karya mereka. Mereka mengalu-alukan sebarang video reaksi lagu-lagu dalam album terbaru ini.

“Sebenarnya banyak anak Malaysia yang berbakat cuma mereka tidak diketengahkan atau tidak memiliki peluang untuk ke depan. 

“Kami gembira kerana penghasilan album ini dapat menonjolkan bakat masing-masing. Ia juga adalah bukti bahawa kami, anak tempatan tidak malas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya. - Getaran, 9 April 2021

Semua gambar: Ihsan Jemson

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'