web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trophy Knives Lantang Menyeru Masyarakat Berubah

Kugiran tempatan, Trophy Knives kembali dengan 'single' dan video muzik baharu. Rasa mual dengan keadaan masyarakat sekarang 'ditumpahkan' ke lagu baharu ini.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuartet punk rock yang berasal dari Kuala Lumpur, Trophy Knives kembali dengan muzik video terbaharu mereka berjudul 'Nauseous'. Lagu ini merupakan single kedua mereka dari album Look the Other Way yang dijadualkan untuk berada dipasaran pada bulan November tahun ini. 

Video muzik 'Nauseous' arahan dan terbitan Nadeem Salam dari Skesh Entertainment adalah hasil kolaborasi bersama MyCreative Ventures dan juga Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA). 'Nauseous' juga merupakan video muzik yang kesepuluh bagi Trophy Knives.

“Album ini merupakan hasil karya terbaik kami setakat ini. Kami ingin menghuraikan tema setiap lagu melalui video muzik yang bermutu tinggi. Dengan bantuan rakan-rakan CENDANA, kami yakin kami dapat merealisasikan impian tersebut,” ujar Vinesh Muniandy selaku vokalis utama.

Akibat kemelut pandemik yang membantutkan harapan untuk membuat tour, Trophy Knives memutuskan untuk menangguhkan pengeluaran album kepada hujung tahun dan sebaliknya mengguna penuh masa yang ada sepanjang tempoh larangan dan sekatan pergerakan untuk membuat penggambaran beberapa video muzik lagu-lagu dari album tersebut.

Sasaran video-video ini adalah untuk mengartikulasi lagu-lagu dari album Look the Other Way secara visual.

Seperti album terdahulu Trophy Knives yang berjudul Glass Ceiling, lirik-lirik lagu di dalam album Look the Other Way adalah kesinambungan kepada perasaan jengkel kugiran ini kepada sikap acuh tak acuh dan kejahilan masyarakat.

Dengan bait yang terus terang seperti “Your ignorance is making me nauseous” (kejahilan anda membuat saya berasa mual), mereka kekal lantang menyuarakan pendirian dan bantahan mereka terhadap isu-isu yang membelenggu masyarakat seperti ketidakadilan dan perkauman.

Lagu-lagu berjudul 'Look the Other Way', 'Nauseous', 'We’ve Had Enough', 'High Horses' dan 'Act 1: The Acknowledgement' adalah lima buah lagu pertama yang dimuatkan ke dalam album penuh Trophy Knives yang bakal dirilis akhir tahun nanti. 

Kelima-lima buah lagu pertama tersebut sudah boleh didapati di semua platform digital. - Getaran, 25 Mac 2021

Semua gambar: Trophy Knives/ JCPR

Berita Berkaitan

1

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...